in

Cubaan Sebar Video Hasutan, Lembaga Tabung Haji Tampil Buat Laporan Polis & SKMM

tabung haji

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan sudah membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung penyebaran beberapa video berunsur fitnah dan hasutan yang tular di media sosial.

Dalam satu kenyataan, TH menegaskan pihaknya memandang serius penyebaran kandungan palsu yang berpotensi mencemarkan imej institusi tersebut.


Menurut TH, pihaknya juga sedang melakukan pemantauan rapi sedang dilakukan terhadap semua hantaran mencurigakan, sama ada dalam bentuk video mahupun penulisan.

“TH akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan, termasuk menyalurkan maklumat yang diperlukan.

“Individu atau pemilik akaun yang terbukti membuat hantaran berunsur hasutan akan dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Artikel berkaitan: Tabung Haji Ingatkan Bakal Jemaah Haji Tahun 2026 Untuk Bersedia Lebih Awal

Artikel berkaitan: Jabatan Hal Ehwal Agama Siasat Video Tular CEO Tabung Haji Properties Mencarut Dalam Mesyuarat?

2305dad7b530a194c12c5d2d57e055336810bdf1a3d69
Mustakim Mohamad

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad berkata, kandungan provokatif yang disebarkan khususnya berkaitan inisiatif penjenamaan dan tadbir urus TH berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“TH ditubuhkan untuk membantu umat Islam Malaysia menabung bagi menunaikan ibadah haji. Namun, kini ia lebih dikenali sebagai penyedia perkhidmatan haji, sedangkan cabaran sebenar ialah kadar simpanan pendeposit tidak seiring dengan peningkatan kos menunaikan haji.

“Bagi mengatasi masalah ini, TH sedang melaksanakan inisiatif penjenamaan untuk mengukuhkan peranan sebagai institusi simpanan Islam pilihan umat Islam, supaya masyarakat menabung secara konsisten dan berdisiplin.

“Untuk mencapai matlamat ini, kami memerlukan kepakaran teknikal yang relevan, seiring dengan amalan yang pernah dilakukan dalam sejarah Islam,” katanya.

Beliau berkata, pengurusan ibadah haji tetap diuruskan sepenuhnya oleh pasukan pengurusan bumiputera Muslim, namun aspek teknikal untuk pelaksanaan penjenamaan yang kompleks memerlukan sokongan pihak berkepakaran melalui konsortium yang dibentuk oleh TH.

“TH perlu berevolusi sebagai institusi simpanan berpaksikan pelanggan, selari dengan perubahan demografi dan keperluan masyarakat. Usaha ini penting supaya umat Islam dapat mengembangkan simpanan mereka sekali gus merealisasikan impian menunaikan ibadah haji,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak mudah percaya dengan maklumat yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, sebaliknya merujuk saluran rasmi media sosial TH untuk maklumat sahih.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.