Setelah pelbagai spekulasi timbul mengenai sama ada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dijangkiti Covid-19 atau sebaliknya — akhirnya segala persoalan itu terjawab.
Astro Awani melaporkan, doktor yang merawatnya mengesahkan bahawa pemimpin dunia itu bebas daripada ancaman wabak berbahaya tersebut.
Ia sebelum ini menjadi sebutan media-media antarabangsa termasuk netizen sebelum ini, yang bimbang sekiranya presiden itu berupaya menjadi penyebar virus yang seterusnya selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Brazil, Jair Bolsonaro yang sebelum itu turut dikatakan positif Covid-19.
Namun, ujian dua kali yang dilakukan menunjukkan Bolsonaro negatif jangkitan.
Khabar terbaru mengenai Trump ini bagaimanapun ‘mengecewakan’ netizen yang begitu anti terhadapnya.
Damn Coronavirus just do it!!! pic.twitter.com/45gaeBEGuN
— Geo-Front @ root | ⚡0x0@getalby.com (@Geo_Front) March 14, 2020
— that's my name (@onaNTKbasis) March 14, 2020
Selain itu, ada juga yang mempertikaikan keputusan ujian tersebut kerana hairan bagaimana ia boleh menunjukkan hasil dengan begitu cepat selain tidak mempercayai kredibiliti buruk Trump dan orang di sekelilingnya.
Malah, ada dalam kalangan netizen luar negara yang percaya bahawa Trump akan tetap dijangkiti coronavirus sambil mengaitkannya dengan ramalan yang dibuat dalam sitkom animasi The Simpsons mengenai kematian pemimpin itu akibat wabak penyakit.
https://twitter.com/chroniclesoftin/status/1238941582658686979
https://twitter.com/ChoppaBANG_/status/1238571956892508160