in

“Parasite menang, apa dah jadi ni?” – Trump Tak Puas Hati Filem Parasite Kalahkan Filem AS di Academy Awards

Trump Bong Jong Ho

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemenangan filem dari Korea Selatan, Parasite di Anugerah Akademi baru-baru ni memang membuka mata dan memberi pandangan baru tentang dunia perfileman di Hollywood.


Ramai yang memuji kemenangan Parasite dan siap dah ada perancangan lagi nak buat filem ni versi Hollywood tau! Wah! Walau bagaimanapun, rupanya ada pulak yang tak puas hati dengan kemenangan filem ni di anugerah berprestij tersebut. 

Parasite313389 V2

 

“Teruknya Anugerah Akademi tahun ni!” – Trump

Menurut Astro AWANI, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tak bersetuju dengan kemenangan filem dari Korea Selatan tersebut dan mencemuh Anugerah Akademi yang mengiktiraf Parasite sebagai Filem Terbaik. Pulak dah! 

5D08B34B6Fc920529831Dfb3

“Adakah anda tonton? Betapa teruknya Anugerah Akademi tahun ni?

“Dan pemenangnya adalah filem dari Korea Selatan, apa dah berlaku ni? 

“Kita sudah berdepan banyak masalah dengan Korea Selatan dalam isu perdagangan, mereka pula diangkat sebagai Filem Terbaik tahun ini? Adakah itu satu berita baik? Saya tak tahu,” kata Trump kepada ribuan penyokongnya dalam kempen perhimpunan di Colorado Springs semalam.

 

Trump suka filem klasik Hollywood

Trump dalam pada tu berkata dia lebih memilih untuk menyukai filem klasik Hollywood macam Gone With The Wind (1939) dan Sunset Boulevard (1950) berbanding filem arahan Bong Joon-ho tu.

“Saya ingat filem-filem tu filem terbaik sebelum ni kan? 

“Tidak. Adakah ia pernah berlaku sebelum ni?” katanya lagi.

Giphy 1

Selain Academy Awards, filem berbahasa asing tu juga pertama kali merangkul 4 anugerah di pentas Oscars, namun kini terpalit dengan kontroversi apabila penerbit filem Tamil mengumumkan akan menyaman penerbit Parasite atas sebab plagarisme.

Apa pandangan korang? Trump macam ketinggalan zaman je min rasa…. 

Baca: “Dah menang baru nak claim” – Penerbit Filem Tamil Nak Saman Produksi ‘Parasite’, Dakwa Tiru Karya Asalnya

India

Sumber: Deadline

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.