in

“Cuba buka tunjuk, kalau tunjuk I tak saman” – Wanita Dakwa Kena Gangguan Seksual Masa ‘Roadblock’

Cover 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular satu isu apabila seorang wanita mendakwa dirinya telah diganggu oleh anggota polis semasa melalui sekatan jalan raya. Isu ini tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mempersoalkan kredibiliti anggota polis, dan ada juga yang beranggapan mereka hanya bergurau kerana stres bekerja.


Tidak sampai sehari, muncul lagi satu isu yang melibatkan anggota polis mengganggu orang awam semasa sekatan jalan raya. Kisah ini dikongsikan oleh seorang wanita (@sabiyusof) dalam satu bebenang ciapan di laman Twitter.

Menurut wanita ini, dia dalam perjalanan dari Wangsa Maju ke Shah Alam apabila dia melalui satu sekatan jalan raya di Jalan Duta.

Berdasarkan ciapan yang dimuat naik, dia ditahan kerana terlupa untuk membawa lesen memandu pada hari berkenaan. Semasa kad pengenalannya diambil untuk tujuan pemeriksaan, seorang anggota polis lain datang dan bertanyakan soalan yang berbunyi lucah.

“Seriouslah you tak pakai bra, cuba bukak tunjuk, kalau you tunjuk i tak saman you”

Menurut wanita ini, dia tidak memakai bra pada hari berkenaan dan anggota polis tersebut perasan akan hal ini. Lalu, polis berkenaan mengugut agar wanita ini membuka bajunya jika tidak mahu disaman.

B 1

Selepas permintaannya tidak dilayan, anggota polis tersebut berkeras untuk bertukar nombor telefon. Bagaimanapun, wanita ini tidak melayan permintaan mengarut tersebut dan meminta agar dirinya disaman daripada diperlakukan sebegitu rupa.

“I tak buat apa apa and i suruh dia saman i instead. Dia gelak and insist nak social media i. Bila i cakap takda, dia bagi phone dia untukkan masukkan my number. And missed call depan dia.”

C 1

Jelas wanita ini, polis sepatutnya melindungi rakyat dan bukannya mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberi. Bagaimanapun, wanita ini sudah membuat laporan polis di Shah Alam berkenaan isu gangguan seksual tersebut.

Eufkhtwuyaq18Ak

Semoga anggota polis tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya kerana melakukan gangguan seksual terhadap orang awam. 

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.

 

Sumber: sabiyusof

 

BACA“Da bagi bukti cctv tempat x sesak pun senyap je” – Polis Nafi Kompaun Wanita Di Kawasan Lengang, Tuan Badan Tayang Bukti

Capture 4

Sumber: sabiyusof

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.