in

COVID-19: WHO Belum Lihat Laporan Kematian Berkaitan Varian Omicron

Omicron

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Saya belum melihat laporan kematian berkaitan Omicron.”


Begitulah kata-kata jurucakap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Christian Lindmeier mengenai varian baharu COVID-19, Omicron.

59967182 101 E1638582861627
Gambar hiasan

Lapor Berita Harian, WHO melaporkan, pihak mereka sedang mengumpul bukti mengenai varian membimbangkan (VOC) berkenaan tatkala banyak negara di dunia sedang giat berusaha menghentikan penularannya.

Walaupun angka negara yang merekodkan jangkitan COVID-19 varian Omicron kian meningkat, belum ada lagi kematian yang dilaporkan akibat varian itu kepada pihak WHO.

“Lebih banyak negara menjalankan ujian saringan dan melihat varian Omicron secara spesifik. Kita juga akan temui lebih banyak kes, lebih banyak maklumat termasuk kemungkinan berlaku kematian,” kata Lindmeier.

Wh Klvirus 270220 E1638583009640
Gambar hiasan

Selain mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berwaspada terhadap varian Omicron, Lindmeier dalam satu kenyataannya, menggesa penduduk dunia untuk tidak melupakan varian Delta.

“Omicron mungkin semakin meningkat dan mungkin akan sampai ke peringkat ia akan ambil alih menjadi varian dominan, tapi setakat ini, varian Delta masih lebih dominan.”

Dalam pada itu, laporan lain pula mengatakan ramai kanak-kanak di Afrika Selatan telah dimasukkan ke hospital tempatan akibat jangkitan COVID-19 varian Omicron.

Difahamkan, kes berasal dari kluster pertama mula dikesan dalam kalangan pelajar universiti dan pantas merebak dalam kalangan anak muda selain berpotensi menjangkiti golongan lebih tua.

Im 444284 E1638583156321
Gambar hiasan

Pun begitu, saintis dan pegawai kesihatan berkata, mereka lebih banyak melihat kanak-kanak berumur bawah lima tahun dimasukkan ke hospital dengan kadar positif lebih tinggi dalam kalangan mereka yang berusia 10 hingga 14 tahun.

Walau bagaimanapun, doktor di negara itu berkata ia masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan kerana ia tidak mudah untuk dibuktikan dan lebih banyak kajian perlu dilakukan.

Sumber: Berita Harian

Baca: [TERKINI] Varian Omicron Telah Dikesan Di Malaysia – KJ

Kj 1 E1638580730411

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.