in

[TERKINI] Varian Omicron Telah Dikesan Di Malaysia – KJ

Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kes babitkan pelajar bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November sebelum WHO umum penemuan varian Omicron .


Menterinya, Khairy Jamaluddin menerusi sidang media khas hari ini mengatakan bahawa Institut Penyelidikan Malaysia (IMR) sudah mula menjalankan ujian PCR ke atas semua sampel positif yang disaring di pintu masuk KLIA sebagai inisitif tambahan kepada kajian berterusan jujukan genom penuh.

Katanya lagi, pelajar dari sebuah universiti swasta di Ipoh, Perak itu telah menjalani ujian RT-PCR Covid-19 setibanya di KLIA.

SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN

SIDANG MEDIA MENTERI KESIHATAN

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Thursday, December 2, 2021

Kes ini telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Tambah beliau, pelajar itu melakukan perjalanan dari KLIA ke Ipoh menggunakan bas khas yang disediakan oleh pihak universiti.

Pengesanan kontak rapat telah dijalankan ke atas semua penumpang bas dan pemandu iaitu seramai 5 orang. Mereka telah menjalani saringan ujian Covid-19 dan kuarantin wajib. Namun, ujian sampel pertama dan kedua ke atas semua kontak rapat disahkan negatif.

 

Baca : Varian Omicron: KJ Minta Rakyat Berjaga-jaga, Netizen Minta Terus Tutup ‘Border’

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.