Penyanyi dan pengacara popular, Amira Othman kini sedang menikmati fasa indah sebagai seorang ibu apabila berkongsi beberapa momen menarik sepanjang tempoh berpantang selepas selamat melahirkan cahaya matanya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram milik beliau, Amira memuat naik hantaran ringkas berserta caption “Bits and pieces of confinement”, memperlihatkan pelbagai ragam dan detik manis dalam menjaga permata hatinya itu.
Artikel berkaitan: Irfan Haris Kongsi Amira Othman Dapat Ilham Nama Jarir Dari Kelas Agama
Artikel berkaitan: “Semoga jadi anak yang soleh” – Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki
View this post on Instagram
Netizen Teruja, Ruangan Komen Banjir Dengan Doa
Perkongsian tersebut ternyata mencuri perhatian ramai pengikut dan rakan artis. Ruangan komen hantaran berkenaan dihujani dengan pelbagai respons positif daripada peminat yang meluahkan rasa teruja, terutamanya selepas mengetahui nama si comel iaitu Jarir Umar.
Rata-rata ‘auntie online’ tidak lepaskan peluang untuk memuji kegigihan Amira sepanjang fasa penyusuan dan berpantang, selain mendoakan agar urusan membesarkan anak syurga ini dipermudahkan.

Selain ucapan doa yang berterusan, ramai juga peminat yang mengakui tidak sabar untuk melihat wajah penuh baby Jarir Umar secara rasmi kelak.
Momen mesra keluarga kecil itu turut ditambah lagi dengan gelagat suaminya yang kelihatan ringan tulang membantu menguruskan anak sepanjang fasa penting ini.
Sumber: Instagram
