in

Cium Perut Ibu, Aafiyah ‘Kantoikan’ TokTi Sedang Hamil Anak Kedua?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain Lara Alana, Aaisyah Dhiarana dengan kepintaran dan celoteh mereka di media sosial, anak kepada penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah juga turut menjadi tumpun netizen terutamanya dalam kalangan Sitizoners.


Namun begitu, tumpuan kali ini telah membuatkan orang ramai tertanya-tanya apabila melihat reaksi Aafiyah ketika TokTi tengah live idi Instagram baru-baru ini.

Ia seolah-olah Aafiyah ada bagi satu hint yang TokTi cuba merahsiakan sesuatu.

 

Baby baru coming soon nampaknya – Netizen

Video itu sampai viral di Twitter, dapat dilihat Aafiyah cuba cium perut ibunya. Ramai netizen yang dapat ‘hidu’ seperti TokTi sekarang tengah hamil anak kedua.

Ramai netizen excited bila melihat reaksi mereka dan masing-masing mendoakan agar segala urusan dipermudahkan selain ‘geram’ dengan kecomelan Aafiyah ini.

 

Baca : Sebijik! Wanita Buat Make Up Ala Muka TokTi Buat Netizen Kagum

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.