in

“Ciplak lagu ke?” – Betul Ke Jenama Jeans Terkemuka Ciplak Lagu Band Tempatan Untuk Guna Dalam Iklan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu jenama seluar jeans ada collaborate dengan band tempatan? Wah ini berita baik. Makin maju industri muzik kita sampai dapat collaborate dengan jenama besar macam tu.


Malam semalam kecoh sekejap scene underground/indie tanah air dengan satu Tweet dari gitaris Hujan; @agcoco yang mendakwa jenama jeans international tu telah menciplak salah satu lagu Band Hujan dan buat rip-off untuk iklan diaorang tanpa kebenaran mereka. Sat na kami cerita satu-satu. 

Apa cerita ni?

Sebelum mengulas lebih lanjut, ada eloknya kami kongsikan lagu asal yang kena rip-off.

Klik SINI untuk dengar lagu Obsesi – Hujan

Haa.. dah dengar kan? Sekarang korang dengar tengok pulak iklan jenama jeans ni sambil dengar background music dia. 

Klik SINI untuk tengok dan dengar iklan tu

Perasan tak ada bunyi yang sama? Haa.. itu lah isu dia sekarang. Intro sama, tapi ada diubah sikit-sikit je

Ciplak ke?

Betul ke ciplak? Jenama tu ada beli rights ke? Takkan Hujan tak aware. Ke ejen yang tak buat kerja, dah dapat payment tapi tak bagi dekat artis?

Eh siap ada hashtag lagi tu. Relaks, don’t jump into conclusion. 

Wah kalau dah sampai masuk wayang tu kiranya advertise secara besar-besaran lah. Takkan advertisement besar-besaran macam tu nak ciplak lagu orang. Macam tak logik pulak. 

Cerita sebenar

Pihak jenama jeans itu pun dah beri keterangan pada Tweet tersebut dan sangat cepat dalam bertindak untuk memberi resp[on dalam hal ini.

Admin akaun tu tak tahu ke mamat tu anggota Hujan? Kelakar pulak. Lepas tu yang reply Imran Ajmain tu pun memang kena dengan situasi yang berlaku. Ngam!

Yes, salah faham. Macam kami Cakap sebelum ni, mesti ada pihak yang tak buat kerja sampai artis tak aware pasal benda ni. 

Isu selesai. Harap tak ada orang yang bermasam muka lepas ni. Apa-apa pun terima kasih kepada jenama tu sebab mengetengahkan local music scene kita. Support Our Local Act!

 

Baca: “Gila confident!” Lelaki Ini Pukau Netizen Dengan Suara Sedap Beliau

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.