in

Cikgu Memandu Geleng Kepala, Keluar Tandas Kereta Dah Masuk Longkang!

Kereta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelas memandu boleh dikatakan perkara yang wajib untuk kita tempuh sebelum mendapatkan sekeping kad lesen memandu. Melainkan korang apply lesen terbang tu dah jadi lain cerita…

Perkara yang boleh dikatakan sangat biasa apabila terdapat pelajar memandu yang buat kerenah dan ragam yang pelik semasa kelas memandu dijalankan. Ada yang terlanggar divider, kereta melorot ke bawah semasa ujian naik bukit dan sebagainya.


Tapi berbeza pula apa yang terjadi kepada sebuah institusi memandu di Alor Setar, Kedah dimana seorang pelajar kelas memandu telah buat ‘hal’ di hari pertamanya.

Kereta ‘selamat’ masuk longkang

Sebuah video berdurasi 15 saat yang telah dikongsi di laman TikTok menunjukkan gelagat student yang difahamkan tertekan pedal sehingga terjerumus ke dalam longkang menyebabkan kereta memandu tersebut kemek habis. hahahaha!

@irfuans

Lain kali cikgu2 jangan bagi student bawak sendiri kalau tak cekap lagi aihhh 🤣#foryoupage #eksidenn#latihanmemandu#alorsetar

♬ original sound – Irfan Hakim – Irfnss

“Lain kali cikgu-cikgu jangan bagi student bawa sendiri kalau tak cekap lagi aihhh.”

Keluar tandas, kereta terus jahanam!

Kejadian difahamkan berlaku kerana cikgu memandunya yang meninggalkan pelajar tersebut bersendirian kerana ingin pergi ke tandas sekejap sehingga menyebabkan kemalangan itu berlaku.

Difahamkan juga pelajar itu tersebut sedang menjalani ujian zigzag dan mungkin terlalu nervous, dia telah tertekan pedal sejauh 70 meter dan mengakibatkan kemalangan yang tidak disengajakan.

Apa yang berlaku membuatkan cikgu memandu geleng kepala tambahan pula apabila terpaksa menghadap saman kerana cuai terhadap anak muridnya. habislah harap cikgu tabahla ye…

 

Screenshot 2022 07 18 At 1.01.13 Pm

Netizen terhibur, siap ada bagi tips untuk kekal tenang dalam kereta!

Kejadian ini mendapat perhatian netizen di TikTok dengan 500 ribu tontonan dalam masa sehari. Pelbagai komen yang dikeluarkan siap ada yang bagi cara bagaimana untuk kekal tenang semasa kelas memandu!

Ada juga yang mengambil serius dengan menyalahkan cikgu memandu yang dikatakan cuai dan menganggap pelajar sudah mahir dalam mengawal stereng dan pedal.

 

Screenshot 2022 07 18 At 1.11.06 Pm

Screenshot 2022 07 18 At 1.11.24 Pm

Screenshot 2022 07 18 At 1.11.42 Pm

Apa pengalaman yang korang pernah jumpa semasa belajar di kelas memandu? Cuba kongsikan.

Baca: “Bukan tekan brek, tapi tertekan minyak” – [VIDEO] Terlalu ‘Nervous’ Masuk Kelas Memandu, Gadis Menangis Hampir Langgar Cikgu

Screenshot 2022 07 18 At 1.17.09 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.