in

Chef Anis Nabilah Dakwa Kenyataan Chef Indonesia Kata Nasi Kandar Berpasir Tiada Adab

Ft Anis Nabilah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Chef selebriti dan pengacara, Anis Nabilah membidas kenyataan seorang pemenang Masterchef Indonesia yang menyifatkan rasa nasi kandar negara ini seperti berpasir dan tidak asli, katanya lagi ia tidak beradab dan tidak profesional.

Jelas Anis Nabilah Umaruddin lagi, seorang chef tidak patut mengeluarkan kenyataan yang tidak wajar kerana ia dianggap tidak ada rasa hormat terhadap tradisi negara lain. Kalau korang terlepas, boleh baca isu dia kat bawah ni.


Artikel berkaitan : Jual Nasi Kandar Di Restoran Sendiri, Chef Indonesia Dakwa Nasi Kandar Malaysia ‘Berpasir’ & Kurang ‘Flavour’

Artikel berkaitan : “Pecah rekod lagi” –  Lelaki Ini Berjaya Habiskan Nasi Kandar RM350 Setalam Dalam Masa 1 Jam

Sebagai seorang chef yang sudah merasai banyak menu termasuk makanan pelik dari serata dunia, Anis Nabilah menyatakan bahawa dia tidak pernah sekali pun menghina makanan negara orang.

Screenshot 2024 09 27 172900

“Tidak dinafikan dia pandai memasak. Pada saya, rasa ini sangat subjektif. Saya sudah pergi serata dunia dan mencuba pelbagai jenis makanan termasuk menu pelik.”

“Sekali pun saya tak pernah menghina makanan sama ada di hadapan atau belakang orang. Apatah lagi ketika ingin memberikan komen di televisyen atau media sosial.”

“Kita kena hormat terutama sekali makanan tradisional negara lain. Sebagai manusia yang ada adab, kita tidak akan berkata buruk tentang tradisi orang lain. Mungkin dia kurang adab. Jadi, tak perlulah kita beri perhatian.”

Dalam pada itu, Anis Nabilah juga meminta orang ramai untuk tidak memberikan perhatian terhadap chef itu. Menurutnya, sekiranya kita terus memberikan perhatian, individu tersebut akan merasakan dirinya lebih besar.

Screenshot 2024 09 27 172915

“Keluarga ibu saya berasal dari Pulau Pinang. Jadi, saya memang dibesarkan dengan makan nasi kandar. Saya nampak ramai yang marah bila berita tersebut tersebar. Saya juga terkejut.”

“Pada saya, ia tidak sopan. Namun, lebih baik kita tidak berikan perhatian. Bila ramai yang kongsi dan berikan komen, lebih banyak kuasa yang kita berikan kepada individu tersebut.”

“Saya tak tahu kenapa dia buat kenyataan tersebut. Sebagai seorang profesional, kita tidak akan keluarkan kenyataan seperti itu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Anis turut berkongsi bahawa dia juga tidak pernah melihat chef-chef terkemuka dunia memberikan komen-komen jelik terhadap makanan tradisi sesebuah negara.

Sumber : Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.