Nama Chef Ammar sering disebut-sebut sepanjang bulan puasa ini. Antara cerita viral yang melibatkan Chef Ammar adalah isu harga makanan yang dijual, isu beratur panjang sehinggalah isu reseller Nasi Arab Lamb Shank di Bazar Ramadan Shah Alam.
Selain dari isu-isu di atas, ada juga isu sanggup beratur tengah hujan sebab nak beli nasi arab. Sebenarnya min tak pasti betul-betul ini memang gerai Chef Ammar atau gerai lain, tapi menurut @mnmuhammadfaridz gerai Chef Ammar lah. Korang tengok video kat bawah ni sendiri.
@mnmuhammadfaridz ♬ original sound – Muhammad FariDz My78 – Muhammad FariDz MYA
Beratur level lain ni
Menerusi akaun TikTok @mnmuhammadfaridz, video itu telah dimuatnaik beberapa hari yang lalu, iaitu sekitar seminggu sebelum artikel ini ditulis. Namun, netizen memang sebenarnya terkejut dengan keadaan itu dan ramai yang memberikan reaksi dan pendapat masing-masing.
Lain macam ni, sanggup beratur time hujan. Min pun pelik dan terkejut gak dengan orang Malaysia yang sanggup beratur time hujan.
Min tak adanya nak beratur tak kira panas ke hujan ke apa. Kalau nampak line panjang atau cuaca tak mengizinkan, carilah tempat lain. Kita sebagai pengguna kena jadi bijak, jangan seksa diri.
Kalau betul ni di gerai Chef Ammar, min tak tahu nak cakap apa dah. Sebenarnya Chef Ammar ni bukak je kedai dia setiap hari kecuali bulan puasa. Daripada nak beratur hujan panas, baik bersabar, benda boleh makan selain bulan puasa.
Harap yang beratur tu tak ada lah nak ambil kesempatan minum air disebalik mask ye. Masing-masing dah besar kan, boleh tahu perkara yang membatalkan puasa.
Kalau korang lah kan, korang sanggup ke nak beratur tengah hujan macam tu?
Baca: [VIDEO] Tak Sanggup Beratur Panjang, Ramai Beli Nasi Chef Ammar Dari ‘Reseller’ Walaupun Mahal