in

“Cerita dia nak masak meggi je” – Terpaksa Guna Pita Pelekat Lepas Tak Sengaja Lubangkan Lesung Ibu, Tapi Kantoi Juga

Featured Image Lesung Batu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila kali terakhir korang masuk dapur untuk masak? Kalau hari-hari masuk dapur dan masak bagus lah. Mesti kenyang je perut suami korang tu kan.


Baru-baru ni, tular di laman Twitter mengenai beberapa keping gambar lesung batu yang berlubang.

Menurut @Ayzm_, dia menggunakan lesung batu itu bagi masak meggi ketika waktu malam.

Semasa dia sedang menumbuk bawang, entah macam mana dengan secara tiba-tiba lesung batu ibunya yang sudah berusia belasan tahun itu berlubang.

Habislah kalau ibu dia tahu.

Namun, dia tetap tenang mengawal situasi yang berlaku tanpa pengetahuan ibunya.

Lelaki ini telah mengambil pita pelekat bagi mencantumkan semula kepingan yang terpecah daripada lesung tersebut. Kreatif bukan?

En102Gtuuaaedie
Sumber: twitter

Dari mana dia dapat idea tu, admin pun tak tahu lah. Baik di serah diri jela.

Tapi, setelah keesokkan harinya, perbuatannya itu telah berjaya diketahui oleh ibu dan seperti ibu-ibu yang lain, dia telah menerima bebelan akibat merosakkan salah satu alatan memasak miliknya.

“Mak aku membebel dekat aku yang lesung dia dari zaman aku sekolah rendah lagi sambil scroll fb dia.” Katanya.

Tapi, dia tidak melepas tangan begitu sahaja. Katanya juga dia telah menggantikan lesung batu yang baharu kepada ibunya setelah lesung batu yang berlubang itu sememangnya tidak lagi boleh digunakan.

En4Lm Gu0Aa5G0D
Sumber: twitter

Haa, kan elok kalau dia terus serah diri dan mengaku malam tu je. Apa pun lepas ni guna elok-elok ye lesung batu yang baru ni. Jangan sampai pecah lagi.

 

Baca: “Masak megi jela halahhh” – ‘Show Off’ Skill Memasak Tapi Kena Gelak Dengan Netizen Sebab Nampak Kekok

Cp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.