Seperti yang kita tahu, Vietnam antara negara yang terawal yang berjaya mengawal penularan wabak Covid-19 di Asia Tenggara ini, sehinggakan Vietnam menjadi antara negara contoh terbaik untuk mengawal wabak pandemik itu.
Menurut BBC, Negara Komunis itu pada awalnya menerima kes pertama pada 23 Januari selepas seorang lelaki daripada Wuhan berkunjung ke Ho Chi Minh kerana ingin berjumpa anaknya. Vietnam yang berjaya mengesan kes pertama di negara itu segera mengambil tindakan yang pantas dan agak ‘brutal’. Tindakan Vietnam yang nampak agak ‘over’ itu ternyata membuahkan hasil selepas berjaya mengawal wabak itu dengan cemerlang.
Namun baru-baru ini, Vietnam kembali merekodkan kematian Covid-19 pada Jumaat lalu, apabila seorang lelaki berusia 70 tahun, meninggal dunia di pusat bandar Hoi An, hampir tiga minggu selepas dimasukkan ke hospital dengan keadaan terlantar yang serius, menurut Berita Harian
Sebelum itu, rekod Vietnam yang tidak mencatatkan jangkitan tempatan selama hampir 100 hari kini lebur selepas hampir 100 orang yang melakukan perjalanan ke Da Nang telah diuji positif di seluruh negara.
Wabak pandemik ini kembali meningkat pada hujung minggu lalu selepas satu kluster baharu ditemui dipercayai berpunca dari resort pantai Da Nang, berhampiran Hoi An, membuatkan negara itu kembali waspada.
Menurut Doktor Tran Nhu Duong, Timbalan Ketua Institut Epidemiologi Kebangsaan, pakar perubatan elit telah digerakkan untuk membantu mengurangkan pandemik di Da Nang, selepas berita kematian pertama itu diumumkan lapor Berita Harian.
Menurut laporan, penerbangan masuk dan keluar dari Danang dan pengangkutan awam di dalam bandar kini telah digantung, dan majoriti 1.1 juta penduduknya telah dinasihatkan untuk tinggal di rumah
Baca: Wow! Tak Ada Social Distancing Dah Di Hanoi, Rakyat Vietnam Kongsikan Berita Mereka Bebas Covid-19?