in

Cederakan Syed Saddiq & Sebut Perkataan ‘B*doh’, Papagomo Didenda RM2,100

Ft Papagomo Syed Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang lebih dikenali dengan Papagomo, didenda RM2,100 oleh Mahkamah Majistret baru-baru ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu mendatangkan kecederaan dan menyebut perkataan ‘bodoh’ kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Untuk kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Syed Saddiq, mahkamah menetapkan denda sebanyak RM2,000 manakala untuk kesalahan mengeluarkan perkataan berkenaan sebanyak RM100.


Majistret Muhammad Noor Firdaus Rosli mengarahkan Papagomo dihukum penjara yang ditetapkan masing-masing tiga bulan dan sehari sekiranya dia gagal membayar denda berkenaan.

2Qukleaf

Majistret memutuskan hukuman berkenaan selepas mendapati pihak pembelaan gagal untuk menimbulkan keraguan di peringkat akhir kes mereka.

Tambahnya lagi, adalah tidak wajar panggilan tersebut dibuat dan dalam konteks kes ini, penggugatan keamanan mungkin berlaku.

Semasa pemeriksaan balas, tertuduh mengatakan bahawa perkataan ‘bodoh’ itu bukanlah perkataan yang tidak senonoh kerana ia turut digunakan di Parlimen.

Artikel berkaitan : Konsert Coldplay Di Singapura 6 Hari, Syed Saddiq Jelaskan Mengapa Malaysia ‘Terlepas’ Keuntungan

Artikel berkaitan : “Ini bukan prinsip Madani” – Syed Saddiq Persoal Sesi Dialog Dihalang UiTM

Menurut Majistret, ini bukanlah satu alasan yang kukuh.

Berkenaan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (KK), walaupun ia hanya membabitkan pergerakan beberapa jari, ia telah menyebabkan kesakitan kepada SP4 (saksi pendakwaan keempat) iaitu Syed Saddiq.

D0Exdbmv4Aikoom

Tambahnya lagi, hukuman sepatutnya mencerminkan terhadap kekerasan yang digunakan terduduh.

Terdahulu, mahkamah pada 21 Februari telah mengarahkan Wan Muhammad Azri untuk membela diri atas dua pertuduhan berkenaan.

Papagomo didakwa sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Syed Saddiq di leher dan bahu semasa kejadian yang berlaku di tepi jalan Persiaran Impian Perdana, Saujana Impian pada 16 Februari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 KK yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Dalam masa yang sama, Papagomo juga berdepan tuduhan menyebut perkataan yang kurang sopan dan menghina iaitu ‘kau bodoh’ ke atas Syed Saddiq dan pendakwaan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda maksimum RM100, jika disabitkan kesalahan.

Pun begitu, sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman berkenaan, peguam bela Papagomo telah memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman berbentuk denda yang paling rendah dengan alasan tertuduh berpendapatan tidak menentu sebagai peniaga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim memohon hukuman sewajarnya bagi memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat.

Tambahnya lagi, mahkamah perlu mengambil kira tertuduh adalah orang yang dikenali masyarakat dan sepatutnya dia memberi contoh yang baik kepada umum.

Sumber : Berita Harian

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.