in

“Catfish habis ni!” – ‘Influencer’ Wanita Ini Sebenarnya Seorang Lelaki, Akui Guna FaceApp Untuk Ubah Gambar

Catfish Habis Ni Influencer Wanita Ini Sebenarnya Seorang Lelaki Akui Guna Faceapp Untuk Ubah Gambar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda pernah gunakan aplikasi FaceApp?


Faceapp E1616221113281
Gambar hiasan

Sekiranya ya, anda pasti familiar dengan salah satu features aplikasi ini yang membenarkan penggunanya mengubah selfie menjadi jantina yang berlawanan.

Baru-baru ini, seorang influencer wanita di Jepun membuat pengakuan menggemparkan apabila dia memberitahu telah menggunakan aplikasi FaceApp untuk mengubah identitinya daripada seorang lelaki berusia 50 tahun ke seorang wanita cantik berumur lingkungan 20-an.

Menurut Oddity Central, Azusa Gakuyuki popular di laman sosial Twitter dimana influencer itu ada memaparkan gambarnya menjalani beberapa aktiviti yang diminati seperti menaiki motosikal, mountain hiking dan banyak lagi.

Azusa Gakayuki E1616221378848

Azusa dilaporkan muncul dalam sebuah program televisyen Monday Late Show untuk mengumumkan bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang wanita tetapi seorang lelaki berusia 50 tahun yang menggunakan aplikasi FaceApp dalam semua gambar-gambarnya.

Pada mulanya, lelaki terbabit memberitahu dia ada memuat naik gambar dirinya yang sebenar ke laman Twitter tapi tidak mendapat sambutan yang diinginkan.

Namun begitu, segalanya berubah pada 2019 ketika aplikasi FaceApp mula diperkenalkan. Selepas bermain-main dengan beberapa filters di aplikasi itu, lelaki berkenaan berjaya menukar gambarnya menjadi seorang wanita muda yang cantik.

Menurutnya, lelaki itu serta-merta perasan akan perhatian berbeza yang diterimanya selepas dia memuat naik gambar dirinya sebagai seorang wanita bernama Azusa Gakuyuki.

Mungkin kerana terlalu gembira dengan perhatian itu, lelaki berkenaan dilapor terus memuat naik gambar dirinya yang telah diedit di laman Twitter selama dua tahun. Difahamkan, ketika dalam tempoh ini, lelaki terbabit berjaya memperoleh ribuan likes pada setiap gambar yang di post.

Pun begitu, lelaki berkenaan memilih untuk mendedahkan identiti sebenar Azusa Gakyuki selepas terdapat beberapa kontroversi online membabitkan salah satu gambarnya di Twitter.

Dalam salah satu gambar tersebut, pengguna media sosial lain dapat melihat reflection seorang lelaki mengambil gambar melalui cermin sisi motorsikal. Walaupun ada yang menganggap itu adalah satu perkara yang sedikit aneh, ramai yang menganggap lelaki terbabit hanyalah bapa Azusa.

Sehingga kemunculannya di rancangan televisyen terbabit, tak siapa pun yang dapat meneka bahawa gambar-gambar Azusa itu sebenarnya sudah diedit dan identiti influencer itu sebenarnya adalah seorang lelaki.

Pendedahan lelaki itu menerima pelbagai reaksi warga tempatan di negara matahari terbit berkenaan. Ada yang mengkritik tindakan lelaki itu yang dikatakan telah menipu ramai orang. Namun, ada juga yang memuji skill lelaki ini yang menggunakan cara unik untuk meraih pengikut di media sosial.

Sumber: Oddity Central

Baca: Padah Ubah Wajah Jadi Wanita Melalui FaceApp, Lelaki Ini Diganggu Individu Gila Seks

Cats 6 E1616222077910

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.