in

Catat 30 Kes Positif Covid-19 Semalam, Terendah Sepanjang PKP Bukan Bermakna Kita Dah Menang!

Feat 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

5 Mei – 30 kes baru, 83 pulih, 1 kematian
4 Mei – 55 kes baru, 71 pulih, 0 kematian
3 Mei – 122 kes baru, 87 pulih, 2 kematian
2 Mei – 105 kes baru, 116 pulih, 0 kematian
1 Mei – 69 kes baru, 39 pulih, 1 kematian
31 April – 57 kes baru, 84 pulih, 2 kematian


Tidak dinafikan semalam negara menyaksikan 30 kes baharu positif Covid-19, 83 pulih dengan 1 kematian.

Ramai gembira dengan perkembangan tersebut susulan angka 30 kes yang dicatatkan merupakan jumlah kes baharu terendah sepanjang Perintah Kawalan Pegerakan dilaksanakan.

NAMUN! Itu belum lagi menandakan kemenangan Malaysia ke atas Covid-19, kerana :

1. Kes baharu masih direkodkan, hanya 3 hari yang mencatatkan jumlah penurunan dan ia bukanlah kayu pengukur yang jelas

2. Masih berlaku turun naik dari segi jumlah kes baharu

1 5

Malah ramai yang menjangkakan dengan pembukaan banyak sektor ekonomi, berkemungkinan akan muncul banyak kluster-kluster baharu sekaligus menafikan Malaysia untuk capai sifar Covid-19.

Bukan itu sahaja, semalam setakat 12 tengahari menyaksikan peningkatan Zon Merah..

Daerah zon merah COVID-19 kembali meningkat kepada 10 kawasan berbanding sembilan kawasan, setakat 12 tengah hari semalam

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk terus sama-sama mengamalkan kepatuhan sosial dan mematuhi segala saranan dan nasihat kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia, supaya kita menang melawan Covid-19.

 

Baca : Dah lah bulan puasa, kena kejar kau pulak -Warga Asing Lari Daripada Frontliner Lepas Disuruh Buat Ujian Covid-19

22 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.