in

“Cari lain, jumpa lain” – [VIDEO] Minyak Kereta Nak Habis, Waze Bawa Ke ‘Pejabat’ Pula

Untitled Design 2022 03 17T181446.943

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sudah biasa dengan sebuah stesen minyak, kita akan seboleh-bolehnya mencari stesen tersebut dan kita akan menggunakan aplikasi navigasi untuk membantu mencari stesen itu.


Lebih memeritkan, jika minyak kereta kita sudah tahap nyawa-nyawa ikan dan stesen minyak yang kita mahukan tiada berdekatan, itulah yang terjadi kepada seorang lelaki ini.

@ayahchik__

Kisah sedih harini,waze ni ingat aku nk g tebus bonuslink ke anatt? #binaprodukjenamasendiri #oem

♬ suara asli – story_araa? – ?????_?????

Menerusi perkongsian satu video di aplikasi Tiktok milik @/CEO OF VAN5, lelaki tersebut berdepan detik cemas apabila aplikasi Waze gagal mendapatkan stesen minyak terdekat untuk mengisi petrol untuk keretanya itu.

Kena scam pulak!

Sebaliknya, aplikasi navigasi itu membawa lelaki berkenaan ke pejabat operasi syarikat minyak di mana ketika itu paras minyak kereta tersebut hanya mampu bertahan hingga enam kilometer sahaja.

Dalam ruangan komen, lelaki tersebut memberitahu dia mencari minyak jenis Euro 5 dan stesen minyak berdekatan tidak menjual jenis tersebut.

“Dah sampai Shell tepi tu tapi demand nak cari Euro 5,lagi satu shell tu bahagian diesel xde atap Buka waze tekan je yg nama petron skali HQ dia bagi”

Insiden tersebut menarik perhatian netizen dan ramai juga yang terhibur dengan perkara tersebut, tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman hampir serupa.

Mbn

Setakat ini, video yang dimuat naik semalam itu mendapat lebih 700k tontonan dan menerima lebih seribu komen daripada pengguna Tiktok.

Aduh, naya bang!

Baca: “Kena scam dengan wedding planner” – Netizen Kongsi Pengalaman Buruk Ketika Majlis Perkahwinan

Untitled Design 2022 03 17T181244.046

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.