“Cantik rambut saya nampak dari belakang” – Netizen Tergelak Lepas Faham Maksud Lawak Tokti Usik Syed Saddiq

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Boleh tahan kelakar juga Tok Ti ni, nampak manis, sopan tapi bila dapat usik orang, pasti dapat mencuit hati netizen.

Sebelum ni dia kenakan balik Sherry Alhadad pasal panggilan Siti Aafiyah, kali ni dia usik Bro Saddiq pula. Admin mula-mula tengok berkali-kali siap zoom lagi, lepastu rasa diri ni noob sangat bila dah faham maksud dia.

 

“YB cantik rambut, saya nampak dari belakang”

Siapalah tak kenal Dato’ Seri Siti Nurhaliza kan? Penyanyi nombor satu negara kot, sampai pekerja luar sendiri dah kenal.

Nak dipendekkan cerita, adalah poster TokTi kat belakang tu, dapat menarik perhatian dia, Tokti pun tegurlah YB kita ni.

Secara logiknya, pasti tumpuan kita akan tertumpu pada Bro Saddiq kan? Bila Tokti tegur tu buatkan kita tersenyum kecil dengan lawaknya.

Ada yang tak perasan sebab bila posting ini dah viral  di media sosial, ramai yang tak faham pada mulanya sampai lah ada yang reveal.

 

Aku ambil masa nak faham ni – Netizen

Hahaha! Tokti ni bukan je comel, pandai berjenaka lagi. Memang patut pun disanjungi orang ramai sebab bukan je bakat menyanyi, personaliti pun baik.

 

Baca: Siti Aafiyah anak ibu” – Bersikap Terbuka, Tokti Sebut Nama Anak ‘Bahan’ Balik Ajukan Sherry Alhadad

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?