in

Campus Flower: ‘Artwork’ Beri Skor Pada Wanita Berdasarkan Rupa Paras Dikecam Teruk Netizen China

Campus Flower 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah masuk tahun 2021 pun masih ada lagi individu yang judge orang berdasarkan rupa paras mereka.


Itulah apa yang berlaku di Shanghai, China, selepas sebuah muzium moden menerima kecaman hebat setelah mempromosikan karya seni yang menyaksikan ribuan pelajar perempuan universiti diberi skor berdasarkan rupa paras mereka.

20210618 Man Scmp E1624070055584

 

Memetik laporan South China Morning Post, OCT Contemporary Art Terminal (OCAT) telah memadamkan posting mereka di laman sosial WeChat yang mempromosikan karya seni seorang artis lelaki bernama Song Ta.

Difahamkan, artwork itu diberi nama Campus Flower dalam bahasa Cina dan Uglier and Uglier dalam bahasa Inggeris. Artwork itu merupakan koleksi gambar-gambar dan video berdurasi tujuh jam yang telah dilengkapkan pada tahun 2013.

Campus Flower E1624069848255

Sebagai kata-kata permulaan bagi projek terbabit, Song berkata, dia telah pergi ke kampus sebuah universiti untuk merakam wanita-wanita yang melaluinya. Setelah itu, Song akan memberikan skor kepada wanita-wanita terbabit berdasarkan tahap kecantikan mereka.

“Jadi, kalau anda nak tengok permaisuri kampus, anda kena hadir ke muzium ini seawal yang boleh. Jika tidak, menjelang senja, tempat ini mungkin jadi seperti neraka,” tambah Song.

Ocat Cover E1624069948447

Laporan lanjut mendedahkan pihak OCAT telah mengeluarkan satu kenyataan pada pagi Jumaat lalu dimana mereka memohon maaf dan akan segera menurunkan karya terbabit.

“Selepas menerima kritikan, kami telah menyemak semula konten karya seni ini dan penjelasan artisnya dan telah mendapati ia tidak menghormati kaum wanita serta melanggar beberapa isu lain,

“Sebagai sebuah muzium yang menyokong kepelbagaian, kami mengambil hal ini sebagai perkara serius dan akan menambah baik servis kami serta melayan semua individu dengan baik,” katanya.

Walau bagaimanapun, ramai netizen di China tertanya-tanya bagaimana karya seni yang menghina wanita sebegitu rupa boleh ditayangkan di salah sebuah galeri seni paling berprestij di China.

Ramai individu yang mengatakan artwork dihasilkan Song Ta itu bukan sahaja menghina malah mencabuli privasi seseorang kerana kesemua mangsa tidak sedar diri mereka dirakam.

Kategorikan gambar-gambar mangsa ikut fail ‘buruk yang boleh dimaafkan’ & ‘buruk yang tak boleh dimaafkan’

Campus Flower 1 E1624070218662

Jelas Song, untuk menjayakan projek Campus Flower ini, artis itu telah mengupah tiga orang pembantu yang akan menapis secara berhati-hati kesemua 5,000 wanita yang telah dirakam.

Dikhabarkan, jika wanita-wanita itu mempunyai ciri yang hodoh, mereka akan dikategorikan menerusi dua fail yang bertajuk ‘buruk yang boleh dimaafkan’ & ‘buruk yang tak boleh dimaafkan’.

“Pada akhirnya, ia menakutkan, ada orang normal yang tak kehilangan mana-mana anggota badan tapi sangat hodoh sehingga boleh buatkan orang lain rasa tak selesa,” ujar Song dalam satu temu bual bersama Vice.

Kata Song lagi, walaupun dia merasakan dirinya telah mendatangkan rasa kurang senang kepada wanita-wanita yang dilabel ‘hodoh’, artis ini menambah dia enggan berkompromi.

Campus Flower 2 E1624070334496

“Saya melihat anda sebagai objek dalam satu cara yang jujur. Ia salah satu jenis kehormatan. Saya tak akan memberikan anda skor yang tinggi kerana ia satu penghinaan dan seolah-olah saya mempermainkan anda dengan kata-kata manis,” katanya.

Dalam pada itu, pada tahun 2019, Song pernah terpalit kontroversi selepas dia memberikan skor 277 daripada 5,000 kepada seorang wartawan dalam satu temu bual.

Sumber: SCMP

Baca: “I want to find ugly woman to try my product” – Datuk Aliff Dikecam Buat Gimik Produk Tak Kena Tempat

Karot La Kau Alif E1624069517437

Sumber: Asia One

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.