Seorang bapa durjana meringkuk dalam penjara atas cubaan untuk membaling dan mencampak anaknya yang baru berumur 1 tahun dari atas bumbung rumahnya ketika menjalani satu protes.
Protes itu dilakukan kerana pihak pemaju nak runtuhkan rumah-rumah di kawasan tersebut.
Hayun anak dari atas bumbung, orang lain bagi sorakkan ‘semangat’
Semasa hari protes tu, si bapa pegang sebelah kaki anaknya dan dibiarkan tergantung terbalik sambil menghayunkan si anak itu dikhalayak ramai. Kejadian ini berlaku April 2018 di Joe Slovo , Kwadwesi, Afrika Selatan.
Ketika pihak polis cuba nak bawa dia turun, dia tiba-tiba lambung anaknya ke atas! Mujurlah pihak polis sempat sambut anaknya dan kembalikan budak 1 tahun itu kepada ibu.
Bapa yang tak berhati perut itu terus di terkam oleh pihak polis dari belakang, cekik lehernya dan jatuhkan dia sebelum ditangkap.
Menurut Daily Mirror, orang ramai menyorak “campak, campak, campak” ketika anaknya itu tengah digantungkan oleh ayahnya.
Kejadian itu disaksikan oleh ahli-ahli daripapda 2 organisasi dari negara tersebut iaitu South African Police Service (SAPS) dan Metro Police.
Punca protes
Si ayah telah ditahan dan dipenjarakan atas kesalahan tersebut, lelaki berumur 38 tahun itu di jatuhkan bersalah atas cubaan untuk membunuh anaknya itu.
Dia dipenjarakan setahun dan berada dibawah pemantauan pihak berkuasa selama 5 tahun dan denda sebanyak £265 ( RM 1,399).
Difahamkan, punca protes itu terjadi akibat berlaku pertempuran antara penunjuk perasaan dan tukang roboh kerana dianggap cuba memusnahkan hartanah mereka.
Kot ya pun, janganlah jadikan anak umur satu tahun tu sebagai umpan.