in

Calonkan Perniagaan Anda! Anugerah Perniagaan Elit The Knights Award Kembali Untuk Musim Ke-2

Ft The Knight Awards New

Malam berprestij The Knights Award kembali lagi untuk musim ke-2  bagi mengiktiraf para pemain industri yang cemerlang dalam bidang masing-masing.

Ekoran sambutan yang amat menggalakkan pada edisi pertamanya, The Knights Award kembali bagi musim ke-2 dengan pelbagai kategori anugerah yang bakal disampaikan kepada pemain industri yang cemerlang pada malam penganugerahan yang dijangka berlangsung Disember ini.

Para pemain industri turut berpeluang untuk memperluaskan jaringan serta potensi rakan niaga selain boleh mendapatkan khidmat nasihat serta pandangan dari segi penjenamaan dan juga  pemasaran dari pemain industri yang cemerlang.

Lm 5

Photo 2

Melalui pemadanan perniagaan yang berterusan, sesi rangkaian dan lawatan korporat, para pemenang akan dapat berinteraksi dan belajar daripada pemain industri serta meneroka peluang kerjasama rentas sempadan dan rentas industri. Nantikan lebih banyak faedah yang akan datang dalam edisi akan datang!

Sempena majlis pelancarannya baru-baru ini, The Knights Award turut mengadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) iaitu : 

The Knights Award x Malaysia-China Silk Route Business Chamber

Mou 1 1

MOU ini bertujuan untuk memudahkan penerima anugerah  dalam usaha mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran antarabangsa, khususnya di pasaran China.

The Knights Award x Influasia Sdn. Bhd 

MOU yang ditandatangani ini bakal meningkatkan pendedahan dan keberadaan pemenang anugerah dalam industri menerusi platform media digital yang premier ini

dan juga;

The Knights Award x Chamrun Digital Group 

Sebagai satu organisasi yang selalu menerima projek-projek kerajaan, Chamrun Digital Group yakin dapat membantu pemenang The Knights Award dalam usaha transformasi digital, terutamanya digital marketing bagi meningkatkan kebolehan persaingan dalam era teknologi. 

3 Kategori Anugerah Bakal Diberikan 

Terdapat 3 kategori anugerah yang disampaikan pada malam penganugerahan The Knights Award 2.0 nanti, dimana setiap anugerah mempunyai keunikannya yang tersendiri dan diberikan berdasarkan kejayaan dan kelayakan para penerima.

Lm 2

The Duke Award

The Duke Award merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan pada malam The Knights Awards. Penerima anugerah ini berjaya menampilkan kecemerlangan dan kepimpinan yang jitu dalam bidang masing-masing.

Kriteria kelayakan: Syarikat berdaftar sah dengan sekurang-kurangnya tiga tahun beroperasi. Pendapatan tahunan melebihi RM10 juta.

The Earl Award

The Earl Award pula merupakan penghormatan yang diberikan kepada mereka yang memberikan sumbangan yang luar biasa dalam bidang masing-masing. Melampaui semua standard, karya pencapaian dalam kategori ini mencerminkan komitmen yang berterusan terhadap kegemilangan dan kelestarian.

Kriteria kelayakan: Syarikat berdaftar sah dengan sekurang-kurangnya dua tahun beroperasi. Pendapatan tahunan melebihi RM10 juta.

The Baron Award

Anugerah yang seterusnya pada majlis The Knights Award 2023 adalah The Baron Award yang mengiktiraf para perintis dan penggerak industri yang sedang berkembang.

Berbekalkan semangat dan bakat luar biasa, pemenang dalam kategori ini merupakan pencetus bagi idea, inovasi serta kecemerlangan yang mengubah lanskap perniagaan pada masa kini.

Kriteria kelayakan: Syarikat berdaftar sah dengan sekurang-kurangnya setahun beroperasi. Pendapatan tahunan melebihi RM1 juta.

Lm 3

Menerusi kerjasama dengan ikon dan organisasi terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa, The Knights Award membentuk Majlis Pertuanan (Council of Lords), sebuah jawatankuasa individu terbilang yang pakar dalam bidang masing-masing bagi memastikan proses penganugerahan mereka dijalankan dengan ketat dan telus.

Berikut adalah mereka-mereka yang menjadi tulang belakang dan juga merupakan Council of Lords (Board member) yang bakal menilai setiap penyertaan dan memilih mereka yang layak diberikan anugerah :

  • Dr. Zyro Wong, Founder of The Knights Award
  • YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, Father of Malaysian Economic Development & Founder of Petronas
  • Tan Sri Dato’ Sri Ong Tee Keat, President of Malaysia-China Silk Route Business Chamber
  • Prof. Tan Sri Datuk Dr. Ghauth Jasmon, Founding President of Multimedia University (MMU)
  • YBHG. PPJ. Bersekutu (PA) Puan Sri To’ Puan Datuk Prof. Dr. Shariffa Sabrina Binti Syed Akil, President of Women’s Sport Fitness Foundation of Malaysia
  • Dato Hj Ismail Nordin, President of Financial Consulting Cooperative Limited (FICCOP)
  • Datuk Dr Kumararajah, Council Member of the National Chamber of Commerce and Industry of Malaysia
  • Juan Jose Delgado, The leader behind the biggest international sales day in Amazon
  • Professor Dato’ Dr Jayles Yeoh, President & CEO Of Asia Metropolitan University
  • Dr. Jon Low, Doctor of Stomatology
  • Leng Yein, Asia’s #1 Female DJ
  • Kelvin Chan Kin Man, Hong Kong TVB Artiste

Bersedia untuk membuat perubahan? Lagipun, setiap usahawan berhak mendapat pengiktirafan dan galakan untuk berjaya. Penyertaan bagi The Knights Award kini dibuka dan para usahawan boleh menghantar pencalonan di www.theknightsaward.com atau hubungi pengarah komunikasi mereka seperti di bawah :

Gabriel
Pengarah Komunikasi
Telefon: +60 11 2332 3671
Email: contact@theknightsaward.com
Website: www.theknightsaward.com

Untuk dapatkan maklumat lanjut atau sebarang kemas kini, boleh ikuti laman sosial The Knights Award di Facebook dan juga Instagram.