Nama pelakon sedang meningkat naik, Intan Najuwa sebelum ni menjadi sebutan ramai selepas gambarnya didukung Idris Khan mendapat kecaman oleh kerana statusnya yang sudah bergelar tunangan orang.
https://www.instagram.com/p/B1-UcjEAhFQ/
Dan baru-baru ni, Intan sekali lagi dikecam netizen kerana tular pulak gambarnya dipeluk mesra oleh Zul Ariffin. Amboi-amboi dik…
https://www.instagram.com/p/B3f8dF_gSat/
Kelakuan Intan ini membuatkan ramai netizen menyifatkannya sebagai ‘murah’ kerana mudah disentuh oleh mana-mana lelaki.
Namun, Intan pulak menegaskan yang semua gambar yang dimuat naiknya itu hanyalah untuk tujuan promosi malah dia pun sudah mendapat kebenaran keluarga dan tunangnya akan hal tersebut.
“Cinta tanpa hormat tak kekal lama” – Tunang Intan Najwa
Walau bagaimanapun, status instastory yang dimuat naik tunang Intan, Fazrul Anwar Rulis semalam menjadi perhatian apabila dia dilihat seakan-akan meluahkan rasa kecewa atas apa yang berlaku.
Ada masa dalam hidup, kita kena memilih sama ada untuk dicinta atau dihormati.
“Selalu pilih untuk dihormati.
“Cinta tanpa hormat takkan kekal lama.
“Tapi dengan hormat ia boleh tumbuh menjadi cinta sebenar yang kekal lama.”
Ouch! Deepnya!
Status yang ditulis Fazrul ini jelas merujuk kepada kontroversi terpalit pada Intan yang dilihat tidak menghormati dirinya sebagai tunang. Malah tunangnya juga beranggapan cinta tanpa rasa hormat akan bertahan sekejap saja.
Apa-apapun min harap mereka berbaik-baiklah semula dan saling menghormati satu sama lain. Yalah kan, hati sapa tak pedih bila lihat tunang sendiri mesra dengan orang lain.