in

Caj Beg Plastik Mungkin Dinaikkan Kepada 50 Sen Berbanding 20 Sen Yang Dianggap Sebagai ‘Murah’.

Featured 3

Sekarang ni kerajaan melaksanakan caj beg plastik sebanyak 20 sen kepada mereka di luar sana dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekaligus memupuk kesedaran alam sekitar kepada umum.

Meskipun caj tersebut dilaksanakan sehingga kini, rata-rata masyarakat dilihat tidak ada masalah untuk membayar jumlah tersebut sekiranya mereka memerlukan beg plastik setiap kali membeli belah.

**kalau satu memang lah 20 sen, kalau 5? 10? 100? mahal weh.

Pasaraya Pbeg Plastik Bernama 050918
Sumber : google

Plastic

 

Naikkan caj plastik daripada 20 sen kepada 50 sen?

So, ada pihak yang membuat kesimpulan bahawa caj tersebut tidak berupaya memupuk kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat memandangkan penggunaan beg plastik masih meluas meskipun caj telah dikenakan.

Memetik laporan kosmo, Pulau Pinang kini sedang mempertimbangkan untuk menaikkan caj beg plastik daripada 20 sen kepada 50 sen..Alamak, perlu ke nak naikkan?

Katanya ia merupakan usaha kerajaan negeri Pulau Pinang dalam mengurangkan penggunaan beg plastik khususnya di negeri itu.

Phee
Sumber : google

Namun korang tak perlu risau sebab menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh, cadangan tersebut masih di peringkat perbincangan malah mereka memerlukan kelulusan daripada kerajaan negeri sebelum ia dilaksanakan.

Kata Phee Boon Poh, ramai yang merasakan caj 20 sen terlalu murah justeru tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan beg plastik. So disebabkan itu katanya, kerajaan negeri masih mengkaji untuk menaikkan caj beg plastik tersebut.

 

Kutipan caj beg plastik masih tinggi RM8-9 juta!

Sementara itu Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata cadangan tersebut bagaimanapun tidak akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat sebaliknya kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan bersama pihak berkaitan sebelum ia dimuktamadkan.

Hingga kini jumlah kutipan caj beg plastik masih tinggi walaupun pelaksanaan program ‘tiada beg plastik percuma’ diperkenalkan sejak 10 tahun lalu.”

20190313Sz14
Gambar : sayuti zainudin

Plastik Bag

Memetik sumber berita harian, kutipan caj beg plastik direkodkan antara RM8 hingga RM9 juta, walaupun penggunaannya berkurangan hingga 50 peratus, sejak tahun ia diperkenalkan.

Selain Pulau Pinang, negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur antara negeri yang mengenakan caj 20 sen untuk setiap penggunaan beg plastik.

Kalau caj beg plastik naik kepada 50 sen, wallaweeehhhh~

Baca : Penjual TIDAK Boleh Caj Pelanggan Untuk Beg Plastik Biodegradable, Atau Akan Didenda

Plastik