in

Penjual TIDAK Boleh Caj Pelanggan Untuk Beg Plastik Biodegradable, Atau Akan Didenda

Page Plastik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang tinggal dekat area Selangor, korang mesti dah biasa kena bayar 20 sen untuk beg plastik. Cara ni digunakan sebab nak menggalakkan orang ramai untuk bertukar kepada beg reusable.


Sekarang ni, ada yang dah guna alternatif lain dengan menggunakan plastik biodegradable yang jauh lebih mudah untuk recycle bila dibuang. Tapi, korang tau tak sebenarnya penjual tak boleh sama sekali caj pelanggan untuk beg plastik biodegradable ni.

 

Penjual akan didenda

Menurut NST, kalau ada penjual yang caj jugak kepada pelanggan untuk beg plastik jenis ni, mereka boleh dikompaun sehingga lebih RM2,000 tau! 

Fm
gambar hiasan

Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL Datuk Mohd Najib Mohd kata DBKL dah pun wajibkan untuk semua premis perniagaan menggunakan beg plastik biodegradable bagi memelihara alam sekitar pada 1 Januari tahun lepas.

 

Korang perlu buat apa kalau kena caj

Kalau korang dicaj jugak untuk plastik beg biodegradable tu, ini yang korang kena buat:

  1. Nyatakan hak anda tak perlu membayar beg plastik tersebut, atau
  2. Laporkan pada DBKL

Bukan itu sahaja, kalau premis bisnes masih menggunakan beg dan bekas plastik yang biasa tu pun, pengguna perlu laporkan kepada DBKL supaya tindakan dapat diambil.

Kempen.transformed
gambar hiasan

So, apa lagi guys, kalau korang dikenakan caj tambahan untuk beg plastik biodegradable atau kedai yang korang pergi tu masih gunakan plastik biasa, korang boleh terus laporkan kepada DBKL. Nanti dorang akan ambil tindakan yang sewajarnya.

Banyak je kedai guna beg plastik biasa….

Baca: Jaga-kaga! wanita Pakai Seluar Dan Baju Ketat di Kelantan Kena Saman Dengan MPKB!

Bajuseluar 758X398 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.