in

“Bye Trump!” – Lepas Angkat Sumpah Jadi Presiden US, Joe Biden Terus ‘Cancel’ Muslim Ban

Collage 32

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa jam lepas Joe Biden telah pun mengangkat sumpah menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-46 secara rasmi.


Selepas mengangkat sumpah dan dilantik secara rasmi, Joe Biden berjanji yang dia akan menghabiskan hari pertamanya sebagai presiden dengan “membersihkan” semua benda yang Trump buat melalui tindakan eksekutif.

38266780 9168931 Image A 4 1611165829921

Di hadapan media, Joe Biden telah menandatangani beberapa tindakan eksekutif seperti menamatkan ‘Muslim ban’ dan menghentikan pembinaan ‘Mexican Wall’ lapor Vox.

Tak boleh nak bazirkan masa untuk tangani krisis yang kita hadapi sekarang.”

Tak cukup dengan itu, Biden juga turut menandatangani mandat mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua bangunan dan tanah persekutuan dan mengarahkan sesiapa yang berada di lokasi berkenaan untuk sentiasa memakai pelitup muka.

38269236 9168931 Image A 17 1611169743661

Biden juga turut menuntut kesaksamaan di tempat kerja dan di sistem penjagaan kesihatan tanpa mengira jantina dan identiti seseorang.

Ketika ditemubual, Biden turut mengesahkan yang dia telah menerima sepucuk surat dari Trump namun tak mahu mendedahkan isi kandungan surat tersebut.

Manakala Trump telah pun meninggalkan White House dengan menaiki kapal terbang Air Force One sambil diiringi lagu ‘My Way’ oleh Frank Sinatra dan sempat berkata yang dia akan kembali semula. Amboi dramatik betul.

 

Baca: Tewaskan Trump! Joe Biden Presiden Baharu Amerika Syarikat

Screenshot 2021 01 21 At 10.26.15 Am

Sumber: EPA
Sumber: AP

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.