Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul mencuri perhatian apabila berkongsi momen santai menerusi persembahan muzik spontan sempena lawatan rasmi Anutin ke Malaysia pada Khamis.
Difahamkan, momen istimewa itu berlangsung ketika jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Anwar di Pejabat Perdana Menteri, selepas kedua-dua pemimpin mengadakan perbincangan dua hala serta sidang media bersama.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Channel News Asia, Anutin dilihat memainkan saksofon sambil Anwar menyanyikan lagu klasik My Way yang pernah dipopularkan oleh penyanyi legenda Amerika Syarikat, Frank Sinatra.
Artikel berkaitan: “Mantaplah orang Turki!” – Ramai Teruja Lihat PMX Layan Lagu Azizah, Hebat Berkumandang Di Türkiye
Artikel berkaitan: “Saya suka lu” – Gelagat Aunty Cina Teruja Jumpa PMX Cuit Hati Netizen
Sebaik sahaja Anutin memainkan alat muzik berkenaan, Anwar tampil mengambil mikrofon dan menyanyikan lagu tersebut dengan penuh bersahaja sebelum menerima tepukan gemuruh daripada para tetamu.
@channelnewsasia 🎷 Thai Prime Minister Anutin Charnvirakul played the saxophone while Malaysian Prime Minister Anwar Ibrahim sang along to Frank Sinatra’s My Way during the Thai leader’s visit to Malaysia. The two leaders also performed a duet to Can’t Help Falling In Love during an official luncheon on Thursday (Jul 9). malaysia thailand
Momen berkenaan pantas mencuri perhatian kerana disifatkan sebagai diplomasi yang unik dan mencerminkan hubungan akrab antara kedua-dua negara, selain memperlihatkan sisi lebih santai kedua-dua pemimpin.
Lawatan rasmi Anutin turut memperkukuh komitmen kedua-dua negara dalam meningkatkan kerjasama dua hala meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, keselamatan dan hubungan rakyat.
Sumber: TikTok
