in

Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun

Aqeel Feature

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun
Loading
/

Tidak dapat melihat sejak dilahirkan namun telatah dan senyuman anak kecil ini mampu memberi kebahagiaan kepada ibu bapa serta seluruh keluarganya.

Menurut Mingguan Wanita, Ahmad Aqeel bin Faiz Mohammad Noor, 5, disahkan mempunyai penyakit yang berkaitan dengan saraf sejak dilahirkan. Disebabkan itu, Aqeel tidak mempunyai bebola mata di mata kanannya dan mata kiri hanya berwarna putih. 


Aqeel 1
sumber: facebook

Ketika usianya menginjak 6 bulan, bapanya, Faiz Mohammad Noor bin Kamaruzaman, 34, menyedari bahawa anaknya semakin aktif. Bukan itu sahaja, emosi Aqeel dikatakan berlebihan selain suka mengamuk dan menghantukkan kepalanya.

Keadaan itu menyebabkan Faiz dan isteri, Nur Izzah binti Mohamad Kamil, 34, segera merujuk kepada pakar psikologi di Kajang. Pada ketika itulah, mereka diberitahu bahawa Aqeel mempunyai satu penyakit yang lain pula.

Keputusan ujian…Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.”

Aqeel 3
sumber: facebook

Namun, istimewanya anak kecil tanpa penglihatan ini, ibu bapanya mula menyedari kelebihannya dalam menghafal surah. Malah, Aqeel dikatakan berjaya menghafal surah Yasin seawal usianya 3 tahun!

Sampailah satu hari ketika membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun itu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”

SubhanAllah!

Sumber: Youtube

Meskipun belum dapat bertutur sepenuhnya, Aqeel sering membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Orang akan ingat dia bercakap bahasa Arab, padahal dia melafazkan ayat-ayat Al-Quran.”

Faiz dan isteri turut berkongsi cara yang mereka guna dan amalkan untuk anak istimewa itu menghafal Al Quran. Semua ibu bapa boleh lah jadikan rujukan…

Tips 1 Tips 2

Tips 3
sumber: mingguan wanita

Menurut pasangan itu, mereka mula bangkit dari kesedihan yang pernah dialami suatu ketika dahulu selepas berjumpa dengan seorang kaunselor, Encik Mohd Hafiz Halim (kini bertugas sebagai pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Dia (Hafiz) jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehidupannya yang juga cacat penglihatan.”

Aqeel 2
sumber: facebook

Faiz turut akui bahawa jemputan Hafiz itu berjaya membuka mata dan mindanya sekaligus menjadi turning point untuknya dan isteri.

Saya yakin Aqeel mampu hidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tetapi kehidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.”

Aqeel 4
sumber: mingguan wanita

Semoga adik Aqeel membesar dengan sihat dan ceria. Mungkin ibu bapa boleh contohi cara pasangan ini didik anak menghafal Al Quran 🙂

Baca: “Saya rasa sebak lihat dia berdiri atas pentas” – Lelaki Kongsi Detik Indah Adik Sindrom Down Bergraduasi

Bengah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.