in

‘Bunuh’ Janin 20 Minggu Sebab Encik Tunang Taknak Bertanggungjawab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila hati kecewa, memang kita tend to buat perkara yang di luar kawalan. Kadang-kadang apa yang kita buat tu tak tercapai dek akal sebab tak difikirkan sebaiknya.


Itulah yang terjadi dekat gadis dari Kuala Nerus ni. Menurut Harian Metro, gadis berusia 22 tahun tu tekad mahu ‘bunuh’ janin dalam kandungannya berusia 20 minggu selepas ditinggalkan tunang yang tak mahu bertanggungjawab.

Gambar hiasan

Kejadian tu berlaku Jumaat lepas di mana gadis berkenaan telah membeli 10 biji pil gugurkan kandungan di Facebook yang bernilai RM600.

Kira-kira jam 1 pagi, dia dilaporkan makan 2 biji kapsul tu dan 8 biji lagi dimasukkan ke dalam kemaluan. Lebih teruk lagi, demi memudahkan proses pengguguran, dia minum minuman bergas menyebabkannya mengalami komplikasi.

Gambar hiasan

Lepas satu jam, dia yang berseorangan dekat rumah sewa ketika tu mula rasa sakit perut. Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman, bayi lelaki tu dilahirkan pada jam 11 malam, hari yang sama.

“Kira-kira jam 11 malam hari sama, suspek melahirkan bayi lelaki yang cukup sifat seberat 304 gram dan sudah tidak bernyawa sebelum bertindak  membersihkan bayi tersebut lalu membalutnya dengan tuala.”

Dalam keadaan terlalu lemah dan ketakutan, dia ambil keputusan untuk pergi klinik swasta pada jam 12 tengah hari dan memaklumkan mengalami keguguran.

“Pekerja di klinik terbabit memberikan nombor telefon individu untuk dihubungi bagi urusan pengebumian janinnya namun diminta membuat laporan polis terlebih dahulu sekiranya mahu menguruskan urusan pengebumian itu.

“Dalam keadaan terpaksa, dia reda dan masih ingin bertanggungjawab dengan janinnya, dia pergi sendiri ke Balai Polis Gong Badak untuk melaporkan kejadian dengan membawa janinnya sekali yang ketika itu diletakkan di dalam bakul motosikalnya.”

Gambar hiasan

Dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan tetapi menurut Sinar Harianbedah siasat ke atas bayi tu tidak dijalankan disebabkan berat janin tidak sampai 500 gram.

Kes kini  disiasat mengikut Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana dengan niat hendak mengelakkan anak daripada dilahirkan hidup atau hendak menyebabkan ia mati selepas dilahirkan.

Jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara 10 tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Nota: Gambar adalah sekadar hiasan

Baca: Dirogol Abang Sendiri, Gadis Ditangkap Kerana Gugurkan Kandungan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.