Budaya buli dalam kalangan pelajar asrama atau boarding school seolah-olah sebuah rahsia terbuka yang sudah lama berakar umbi. Baru-baru ini, personaliti media sosial dan atlet, Intan Serah, tampil berkongsi pengalaman peribadinya yang pernah menjadi mangsa keadaan tersebut.
Menerusi satu thread panjang di laman Threads, Intan mengakui bahawa kebanyakan pelajar asrama pasti pernah melalui fasa dibuli oleh senior dalam pelbagai cara, sama ada dari segi fizikal mahupun mental.
View on Threads
Artikel berkaitan: “Welcome to New York, Intan!” – Pemain Bola Sepak Wanita Negara ‘Dipinang’ Kelab Dari New York
Artikel berkaitan: Murid Tahun 5 J*tuh Bangunan Ketika Ambil Kasut Bukan Mangsa Buli, Ini Rupanya Cerita Sebenar
“Buli Dah Jadi Tradisi”
Menurut Intan, tingkah laku toksik ini selalunya datang daripada kitaran yang sudah lama dinormalisasikan. Beliau berpendapat, senior yang membuli itu sendiri kemungkinan besar pernah melalui trauma yang sama sebelum ini.
“Bila mereka sampai ke tahap atau kedudukan tertentu (senior), secara bawah sedar mereka mengulangi perbuatan itu sebab itulah persekitaran tempat mereka dibesarkan,” tulisnya.
Tambah beliau lagi, dalam budaya asrama dahulu, sistem hierarki sangat kuat sehingga ramai yang menganggap perbuatan membuli sebagai satu “tradisi” tanpa mempersoalkan sama ada ia sebenarnya mendatangkan bahaya atau tidak.
Pernah Kena Terajang & Paksa Tampar Kawan
Berkongsi detik paling hitam, Intan mendedahkan beliau pernah dikasari secara fizikal sehingga mendatangkan trauma.
View on Threads
Walau bagaimanapun, Intan memilih jalan berbeza apabila beliau sendiri naik ke tingkatan 4 dan 5. Beliau nekad untuk tidak meneruskan budaya tersebut dan lebih suka menikmati masa bersama kawan-kawan dengan melakukan aktiviti yang lebih positif.
Imbau Intan, waktu itu beliau lebih gemar membuat video Dubsmash dan cover lagu bersama rakan-rakan di asrama sehingga digelar ‘atlet Instafamous’ pada waktu itu.
Di akhir perkongsiannya, Intan menegaskan bahawa kesedaran mengenai isu ini sangat penting kerana setiap individu mempunyai pilihan sama ada mahu meneruskan budaya toksik tersebut atau menghentikannya daripada terus menghantui generasi akan datang.
Sumber: Threads
