in

“Betulkah saya semakin cantik? – Ira Kazar Dalam Keadaan Baik Lepas Cerai, Dapat Tawaran Menyanyi

Ira Kazar Cantik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lewat petang semalam, Ira Kazar iaitu bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bersama dua orang kakaknya bagi tuntutan kos kehadiran.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada petang itu telah memerintahkan Syamsul untuk membayar kos kehadiran sebanyak RM200 kepada Ira Kazar.


Perkara itu telah diputuskan Hakim Maizatul Aliza Chee Din pada prosiding yang berlangsung jam 3 petang semalam.

Ira Kazar 2 1

Artikel berkaitan: Syamsul & Ira Kazar Sah Cerai Talak 1, Wujud Perlanggaran Taklik Sebanyak 5 Kali

Artikel berkaitan: Akui Rapat, Aliff Syukri Pelik Kenapa Ramai Suka Bila Ira Kazar Nak Cerai

Ira Kazar semakin cantik? 

Ira yang ditemui wartawan semalam mengakui dirinya kini berada dalam keadaan baik selepas bercerai dengan Syamsul pada 5 September lalu.

Alhamdulillah, semuanya okay sahaja,” katanya yang enggan mengulas panjang.

Ira 1

Anak kepada pelakon Kazar Saisi ini juga berkata, dia kini mendapat banyak tawaran membuat ulasan produk dalam media sosial. Malah dia juga ada mendapat tawaran menyanyi.

Ketika ini, saya ambil ‘job’ sikit-sikit, pergi penggambaran dan buat ulasan produk. Tawaran berlakon tiada, tapi tawaran menyanyi itu adalah. Insya-Allah, mungkin saya akan keluar single,” jelasnya.

Ketika ditanya mengenai komen netizen yang mengatakan dirinya semakin cantik sejak kembali solo, Ira hanya tersenyum dan mengucapkan terima kasih.

Snapinsta.app 459546417 18458549773041791 8488952000982401326 N 1080

Betulkah saya semakin cantik? Saya tiada komen. Cuma, terima kasih atas komen baik, Alhamdulillah,” katanya.

Korang rasa Ira makin cantik tak? Boleh ambil job modelling lepas ni, kan? 

Sumber: Berita Harian

Sumber: Kosmo
Sumber: mStar
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.