in

Buku Biografi Baru Dilancarkan, Rosmah Masukkan Nasihat PM Najib Mengenai ‘Haters’

New Illustrated Biography Of Rosmah With Great Advice From Pm Najib Inside World Of Buzz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi peminat setia isteri Perdana Menteri Malaysia kesayangan kita ini, anda kena dapatkan buku biografi terbaru daripada Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Ia merupakan buku biografi berilustrasi yang dipenuhi dengan lukisan menarik untuk memudahkan pembaca memahami penulisan dan kisah hidup wanita hebat ini. Wow! 


7
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, buku tersebut telah diedarkan pada 9 Disember iaitu semasa Perhimpunan Agong UMNO (PAU) lalu kepada ahli parti dan pelawat yang menghadiri kongres tersebut. Buku yang menarik ini telah menceritakan mengenai kisah hidup Rosmah yang penuh warna semenjak di zaman mudanya sehinggalah kini, sebagai isteri kepada Dato’ Sri Najib Razak.

Apa yang lebih mengagumkan ialah buku ini juga memasukkan beberapa siri nasihat daripada Dato’ Sri Najib kepada isterinya yang tersayang. Wah sweetnya Dato’ Sri!  

Njaib1
sumber: keadilan daily

Seperti semua orang tahu, Rosmah sering menjadi sasaran kecaman netizen dan berita palsu yang mengutuk tentang dirinya. Namun PM Najib telah bertindak untuk memujuk isterinya dengan memberi nasihat supaya tidak mengendahkan kumpulan kecil yang tidak menyukainya itu.

Jika 70 peratus rakyat suka kepada awak, maknanya awak telah melakukan yang terbaik. Lupakan yang 30 peratus itu. Jangan bazirkan masa, tenaga dan kehidupan kita hanya untuk berfikir apa yang segelintir orang cakap tentang kita,” pesan Najib.

Theres Now An Illustrated Biography Of Rosmah With Great Advice From Pm Najib Inside World Of Buzz
sumber: wob

Hmm bagus juga ye nasihat dato’ sri tu. Pedulikan semua haters! 

Nasihat tersebut ternyata sesuatu yang amat berguna bagi Rosmah dan beliau telah mengambil kata-kata tersebut sebagai semangat untuk menjadi seorang yang lebih tabah.

Malah buku ini juga ada menyelitkan tentang kes pembunuhan Altantuya yang berprofil tinggi dan bagaimana Rosmah menangani detik-detik genting dalam hidupnya ini dengan berpandukan nasihat tersebut disebabkan ramai yang menyebarkan berita tidak benar mengenai dirinya. Hmm hebat betul nasihat PM Najib ni! 

Menerusi buku tersebut juga, Rosmah turut menyatakan nasihatnya terhadap anak-anak semasa Dato’ Sri Najib menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mereka menjaga sebarang tingkah laku kerana bimbang ia akan menjadi buah mulut orang.

Theres Now An Illustrated Biography Of Rosmah With Great Advice From Pm Najib Inside World Of Buzz 2
sumber: wob

“Dunia di luar sana akan memerhati kita dalam diam. Jadi beri perhatian kepada tingkah laku dan sikap anda, jangan sombong dan salah guna status anda,” katanya.

Selain itu, buku berkenaan ada menyebut tentang sikap isteri Perdana Menteri yang tidak sekali-kali memanjakan anak-anaknya dengan kekayaan dan hanya memberikan mereka dengan perkara asas seperti pakaian, pendidikan atau aktiviti lain yang baik untuk kesihatan mereka.

Wah! Kena dapatkan buku ni nampaknya. Ada banyak nasihat yang kita boleh pelajari daripada Datin Seri Rosmah! Hehe…

Baca: “Saya juga mangsa berita palsu dan buli siber” – Rosmah Mansor

Rosmah Mansor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.