in

“Buktikan itu bukan content” – Danial Zaini Tak Nak Minta Maaf Buat Video Parodi, Cabar Iqbal Kahwin Dulu Dengan DSV

Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah cinta antara Dato Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya Ahmad Iqbal Zulkefli masih menjadi tajuk utama di media dan media sosial.


Tambah mendapat perhatian apabila anak DSV sendiri Cik B secara terang-terangan tak bersetuju dengan rancangan perkahwinan yang diuar-uarkan ini.

Baru-baru ini, MeleTOP telah membuat satu video parodi di mana pelakon dan pelawan Danial Zaini, Jihan dan Catriona Ross melakonkan semula majlis sambutan hari jadi Iqbal bersama DSV yang dimuat naik di Instagram lelaki itu.

Ekoran dari ini, Iqbal telah meluahkan rasa kecewa kerana kisah cintanya telah dijadikan bahan gurauan oleh MeleTOP.

Namun, Danial Zaidi menegaskan yang dia enggan memohon maaf kepada Iqbal selagi usahawan muda ini belum membuktikan yang dia benar-benar akan berkahwin dengan DSV, lapor mStar.

Kalau betul dia kahwin dengan DSV, barulah saya akan minta maaf sebab saya rasa seluruh rakyat Malaysia tahu yang kisah mereka ini hanya untuk content saja.

“Tak perlulah berlakon… Sudah-sudahlah tu. Kita hidup di zaman 2021 jadi jangan anggap semua orang tak tahu.”

Tambahnya lagi, dia berbuat demikian hanyalah kerana tugasnya sebagai seorang pelakon malahan mereka tidak menyebut mana-mana nama individu.

Soal parodi MeleTOP tu bagi saya sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seoran pelakon. Lagipun parodi itu kami tidak menyebut nama mana-mana individu dan jalan cerita pun berbeza.

“Tapi kalau dia terasa, itu terpulang kepada dia.”

Sebelum ini, Iqbal mengatakan kontroversi antara dirinya dan DSV telah membuatkan beberapa pihak mengambil kesempatan untuk menghasilkan konten jenaka di media sosial sehingga mengguris hatinya.

Ekoran ini, Catriona Ross telah pun membuat permohonan maaf atas parodi tersebut namun menafikan dia mendapat tawaran lumayan untuk melakukan video tersebut.

 

Baca: “Saya bukan jenis kikis duit orang” – [VIDEO] Campak Duit Depan Wartawan, Iqbal Jelaskan Dia Yang Bagi Duit Untuk Syarikat DSV

Screenshot 2021 09 30 At 1.01.46 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.