in

Bukan Tokti Je, Netizen Pun ‘Speechless’ Iqbal Muncul Jadi Peserta Ke-12 Big Stage 2022!

Fi Bs 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, persembahan minggu pertama program Big Stage telah pun membuka tirainya, dan telah terjawablah misteri siapakah para peserta yang bakal bertanding bagi tahun 2022 ini.

Namun, peserta ke-12 pada musim kali ini telah membuat ramai yang terkejut dengan kemunculannya semalam! Siapa je tak kenal selebriti media sosial yang selalu viral dengan kontroversi bersama seorang usahawan kosmetik terkenal Malaysia, Datuk Seri Vida (DSV) ni, Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli.


Bagaikan tidak percaya serta ramai yang menyangka ia hanyalah gimik daripada pihak Astro. Iqbal, 28, membuat kemunculan pertamanya dengan menyanyikan lagu Bila Bulan Bicara daripada Broery Marantika.

Iqbal yang telah mengeluarkan single lagu sulungnya bertajuk Hujan pada 1 November tahun lepas itu dikatakan berjaya menjadi peserta Big Stage setelah lagunya itu telah menerima lebih 2 juta tontonan di YouTube.

Persembahannya itu bukan sahaja telah membuat Tokti ‘speechless’, tetapi juga para netizen di media sosial! Ramai yang tidak percaya dan mempersoalkan kemunculannya sebagai peserta program itu.

Bukan itu sahaja, nyanyian persembahannya juga seakan telah memberi sedikit tekanan kepada Tokti untuk memberi markah.

“Saya tak tau nak cakap macam mana, tak tau nak bagi markah macam mana…” komen Tokti sebagai juri tetap Big Stage tahun ini.

Lebih mengejutkan, Ajai memberinya 5 markah sahaja! Tindakan Ajai memberi markah serendah itu telah DSV mempersoalkan pemberian markah tersebut.

Walaupun katanya dia bertindak profesional sebagai Presiden Netizen dan mengetepikan isu yang pernah mereka lalui bersama sebelum ini, namun dia mempersoalkan mengapa markah yang diberi oleh Ajai itu terlalu rendah sedangkan suara Iqbal pada malam itu katanya sedap didengar.

Apapun, min percaya juri pun bertindak profesional juga. Jangan risau…ni baru minggu pertama. Mana tahu next week Ajai bagi markah tinggi dekat Iqbal.

Baca: “Tutup TV”- Ramai Tak Suka Iqbal Muncul di Big Stage, Dituduh Rosakkan Industri Muzik

Baca Bs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.