in

“Bukan tak nak bagi sedekah tapi…” – Safiey Illias ‘Sekolahkan’ Pihak Yang Asyik Minta Dana Sejak Dia Berubah

Si2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Safiey Illias pernah berubah ke pangkal jalan sebelum dia kembali ke jalan songsang, namun alhamdulillah dia kelihatan sudah berbalik ke landasan yang betul.


Memandangkan ini bukan kali pertama dia berhijrah, Safiey menceritakan pengalamannya dihujani dengan mesej yang mahukan dana, sumbangan dan sedekah sepanjang proses dia nak berubah dari dulu sampai lah sekarang.

 

Apabila kita dalam proses nk berhijrah . Mula lah kita dihujani dengan mintak dana , bantuan dan macam-macam . Anda boleh apply dkt LEMBAGA ZAKAT negeri masing-masing.”

Si

Safiey yang lebih mesra dengan gelaran Syinta menjelaskan bahawa dirinya juga pembayar zakat. Jadi kalau nak minta, minta sahaja kat lembaga zakat sebab dia dah bayar kat situ. Tak gitu?

“Sebab syinta juga pembayar zakat . Ni syinta pernah hadapi masa hijrah dlu. DM/PM semua pasal mintak sedekah , dana , sponsor .”

Menurut Safiey, dia bukan lah tak nak bagi, tapi dia akan dahulukan pihak-pihak ini sebelum memberikan sedekah kepada orang luar.

Macam syinta selalu ckp dalam LIVE , benda paling pnting yang kita kene utamakan dlu sebelum nk sedekah dkt orang luar .”

1. MAK DAN AYAH .

2. ADIK BERADIK (Nabi cakap bila kita sedekah dekat adik beradik kita dapat dua Pahala . 1 pahala sedekah , 1 pahala SILATURRAHIM .

3. HUTANG . Kena langsaikan hutang . Orang berhutang WAJIB bayar hutang dan tak wajib bayar zakat. Tapi jika hutang itu adalah skala berbayar bulanan , dibolehkan bayar hutang dan bayar zakat

4. ZAKAT . Bagi yang mampu walau gaji cuma RM3000 tpi kita kene igt 2.5% adalah wajib bayar zakat . Selepas tolak semua komitmen diri . .

5. SEDEKAH pada orang luar selepas 4-4 perkara di atas kita buat .

6. HADIAH . Ramai org salah anggap benda ni . Contoh kita bg duit raya dkt budak2 , dan kita niat sebagai zakat . SALAH SEBENARNYA . Itu adalah HADIAH bukan zakat . Zakat cuma wajib diberi kepada 8 golongan :-

a) FAKIR
b) MISKIN
c) AMIL – orang yg ada kene mengena dengan pekerjaan kutipan zakat
d) MUALLAF
e) AL-RIQAB – Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan
f) AL- GHARIMIN – Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
g) FISABILILLAH – Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.
h) IBNU SABIL – Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan

Bukan tak nak bagi sedekah tapi itu yang disebut dalam Al Quran. Ramai salah faham tentang ni.

Jadi usahlah pertikaikan kekayaan orang kalau orang tu tak nak bagi, pasal perubahan dia tu, kita doa kan yang baik-baik. Percaya atau tak? Terserah, ikhlas atau tak? Itu antara tuan empunya badan dengan Tuhan.

 

Baca : Bukan Nyah Lagi, Ini Ziana Zain 2 Yang Baru!

Babyziana

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.