Isu berkaitan mutaah kembali hangat diperkatakan di media sosial selepas perkongsian seorang peguam syarie mengenai sama ada mutaah boleh ditarik balik atau tidak, sekali gus mengundang perhatian netizen yang mengaitkannya dengan kes pempengaruh terkenal, Chazynash.
Menerusi satu hantaran di Threads, peguam syarie, Nurul Atikah menjelaskan bahawa mutaah boleh ditarik balik sekiranya tiada perintah mahkamah yang mengikat kedua-dua pihak.
Namun, jika sudah wujud perintah mahkamah, sebarang tindakan menarik balik mutaah adalah tidak dibenarkan dan tertakluk kepada undang-undang.
Artikel berkaitan: Chazynash Akan Tarik Pemberiaan Mutaah, Dakwa Anak Disuruh Jadi ‘Spy’ & Difitnah Guna Ilmu Hitam
Artikel berkaitan: “Hormatilah privasi kami” – Chazynash Dedah Telah Bercerai Secara Baik Dengan Bekas Isteri Pada Januari Lalu
Menurut beliau, ramai pasangan yang berbaik semula atau berbincang secara tidak rasmi selepas perceraian tanpa menyedari bahawa perjanjian secara lisan atau bertulis tanpa pengesahan mahkamah tidak mengikat dari sudut perundangan.
View on Threads
“Kalau tengah berbaik dan boleh berbincang dengan bekas pasangan masing-masing, lebih baik buat perjanjian persetujuan bersama segera dan jadikan ia sebagai perintah mahkamah,” jelasnya.
Perkongsian itu pantas mengundang reaksi netizen yang mula mengaitkan penjelasan berkenaan dengan kes Chazynash yang sebelum ini tular selepas didakwa menarik balik pemberian mutaah susulan konflik bersama bekas isterinya.
Untuk rekod, Chazynash sebelum ini tampil mempertahankan diri dengan mendedahkan bukti pembayaran nafkah bulanan yang mencecah ribuan ringgit, selain mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah. Isu tersebut mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen, ada yang menyebelahi Chazynash dan tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakannya.
Dalam masa sama, peguam syarie itu turut menegaskan bahawa jika tiada perjanjian formal di mahkamah, ia boleh mengundang masalah besar di kemudian hari, terutamanya apabila salah satu pihak melanggar persetujuan yang telah dibuat.
Sumber: Threads
