in

“Bukan sengaja dia nak gemuk!” – Doktor Tegur Wanita Suka Jatuhkan Wanita Lain, Kutuk Ibu-ibu Gemuk Bila Menyusu

Gemuk Kursu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila seorang wanita itu menjadi seorang ibu, salah satu cabaran yang dihadapi mereka ialah kesukaran dalam menurunkan berat badan ketika sedang menyusukan anak.


Pun begitu, ada juga wanita yang bernasib baik apabila mereka dengan mudahnya mampu maintain berat badan sama macam zaman anak dara dulu.

Namun janganlah menggunakan kelebihan tersebut untuk memerli ibu-ibu lain seperti apa yang ditegur oleh seorang doktor di TikTok.

Menerusi perkongsian Dr Sandra Raman, dia telah menerima komen daripada seorang wanita yang mengatakan tidak mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan meskipun sedang menyusukan anak.

Malah berat badannya lagi kurus daripada zaman bujang lagi ketika menyusukan dua orang anak. Amboi kak… 

@drsandramd

kan pagi² dah MEMBEBEL! bila bebel, keluar la bahasa rojak..grrr..be kind people, especially ladies tu, cubalah jadi support system yang baik❤️

♬ original sound – Sandra Raman MD – Sandra Raman MD

Merasakan komen tersebut seperti cuba menjatuhkan semangat wanita lain yang sedang ‘struggle’ dalam menurunkan berat badan, Doktor Sandra menjelaskan bahawa tidak semua wanita mengalami situasi yang sama.

Hal ini kerana terdapat segelintir wanita yang mempunyai masalah hormon yang akan memberi cabaran kepada mereka untuk menurunkan berat badan ketika menyusukan anak.

Kita sebagai wanita, jangan jadi wanita yang toxic. Kita harus sanjung antara satu sama lain. Kita sebagai ladies kena ada support system yang kuat. 

“Anda rasa ibu yang menyusu tu tak nak kurus ke? Rasa dorang tak jaga ke pemakanannya?” 

 

“Respect how she’s filtered the name, pandai jaga aib orang” 

Ramai di kalangan netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan doktor tersebut dan mengakui ramai di antara mereka sedang mengalami masalah yang serupa.

Malah doktor ini juga dipuji kerana memadam nama wanita yang meninggalkan komen tersebut untuk menjaga aib individu terbabit.

Thanjs

Support apa yang doktor ni cakap. Wanita sepatutnya sokong wanita lain.

Baca: Paksa Anak Sain Kontrak Takkan Gemuk, Bapa Fanatik ‘Fitness’ Dihukum Penjara 30 Bulan

Gemuk

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.