Hari ini heboh diperkatakan pasangan pempengaruh islamik yang juga usahawan dibawa ke mahkamah dengan tangan bergari dan memakai baju lokap SPRM.
Menurut sumber, mahkamah membenarkan kedua-dua pempengaruh ini direman selama 4 hari bermula hari ini hingga Ahad (14 Julai).
Memetik laporan Astro Gempak, peguam mewakili pasangan itu, Abd Rahim Ali berkata, kedua-dua anak guamnya disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM iaitu salah guna kuasa untuk mendapatkan suapan.
Artikel berkaitan: Tenang & Sempat Tersenyum Di Mahkamah, Pasangan Influencer Terkenal Disyaki Seleweng Derma Mohon Doa Orang Ramai
Artikel berkaitan: “Muka kami digunakan tanpa consent” – Alif Teega Nafi Aisyah Hijanah Terlibat Isu Komisyen Derma 20%
Peguam terbabit menafikan anak guamnya direman hari ini berkaitan dengan penyelewengan kutipan derma seperti yang dilaporkan sebelum ini.
@friendsofsprm Alif Teega di makamah putrajaya #sprm #friendsofsprm #azambaki #alifteega #pdrm #fyp
“Dua anak guam saya ditahan bukan membabitkan penyelewengan kutipan bantuan, sebaliknya kes salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 (1) akta itu.
“Jika lihat Seksyen 23 adalah pegawai awam di badan menyalahguna kedudukan untuk mendapatkan suapan,” kata peguam itu.
Bagaimanapun, pihaknya membantah kerana tidak kena dengan seksyen yang dimohon oleh SPRM disebabkan anak guamnya bukan seorang penjawat awam.
Selain pasangan pempengaruh ini, turut direman ialah dua lelaki yang merupakan pengarah dan pemegang saham terbesar sebuah platform kutipan bantuan.
Sumber: Astro Awani, Astro Gempak