Isu golongan wanita atau kanak-kanak perempuan yang dirogol memang sudah banyak yang dilaporkan. Namun ada juga kes rogol yang tidak dilaporkan.
Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan yang berumur 11 tahun mendakwa dirinya telah di rogol oleh guru yang mengajar membaca Al Quran di Masjid Pano Aqil, Pakistan.
I posted it
Incident happened two days back near #PanoAkil Sukkur #JusticeForAfsana pic.twitter.com/O09hJ7N296— Saeed Sangri (@Sangrisaeed) October 30, 2019
Menurut portal tempatan, Incpak, lelaki berkenaan yang juga merupakan Imam di Masjid itu telah merogol kanak-kanak perempuan tersebut lebih daripada sekali.
Imam tu akan tutup pintu dan juga tingkap serta menekup mulut kanak-kanak perempuan itu sebelum merogolnya.”
Kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Afsana, dikatakan pergi berguru dengan Imam itu bertujuan untuk belajar Al Quran.
Tular juga mengenai satu klip video yang berdurasi 29 saat menunjukkan mangsa bersama bapanya sedang mendedahkan kejadian hitam yang berlaku padanya.
Mangsa turut mengadu kepada bapanya di mana suspek telah merogolnya sebanyak tiga kali dan disebabkan itu, mangsa mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan dan juga kerap jatuh sakit.
Nama Imam yang merogol kanak-kanak itu juga turut didedahkan oleh bapa mangsa iaitu Shafqat Samejo.
Sebelum ini, mangsa telah dibawa ke balai polis bagi tujuan membuat laporan mengenai dakwaannya dirogol. Namun, mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.
Polis juga ada mengesahkan menerima laporan berkaitan kes ini dan siasatan lanjut masih berjalan.
Dalam pada itu, netizen ada melancarkan hashtag #JusticeForAfsana yang bertujuan keadilan terhadap kanak-kanak perempuan itu dapat ditegakkan.
“Dekat masjid pun dah rasa tak selamat”
Lepas ni korang kena lebihkan berhati-hati. Kalau ikutkan kes ni, Imam pun berbahaya.