in

“Kenapa bawak lelaki luar tinggal sekali?” – Tak Puas Dengan Ibu, Teman Lelaki Rogol Anak 12 Tahun Hingga Hamil 2 Bulan

Feature Image Budak Kena Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jenayah seksual dalam negara ni boleh dikatakan semakin parah. Kes kanak-kanak yang dirogol juga semakin berleluasa. Tapi itu adalah kes yang telah dilaporkan. Bagi kes yang tidak dilaporkan kita pun tak tahu la apa nasib mereka.



Terbaru seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun telah disahkan mengandung oleh doktor akibat dirogol teman lelaki ibunya.

Menurut laman Facebook Sarawak Update, kejadian ini berlaku di dalam kediaman mereka kerana lelaki itu di ajak oleh ibu kanak-kanak tersebut untuk tinggal bersama-sama tanpa ikatan perkahwinan.

Mangsa dikatakan dirogol sehingga lima kali oleh lelaki berusia 31 tahun di antara bulan Mei sehingga Julai ketika tinggal bersama ibunya yang bersekedudukan dengan lelaki tersebut di sebuah rumah pekerja di Jalan Teng Chin Hua, Sarawak.

Perkara ini terbongkar apabila kanak-kanak tersebut didapati kurang selera makan semasa tinggal bersama-sama ibu saudaranya sejak dua minggu yang lepas. Dia kemudiannya dibawa oleh ibu dan ibu saudaranya ke Klinik 1Malaysia Teku pada jam 7 petang pada hari semalam kemudiannya dirujuk ke Hospital Sibu dan disahkan hamil.

Kanak-kanak malang tersebut dikatakan tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu kerana takut dengan ugutan bunuh oleh suspek.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Merah yang secara tidak langsung membawa kepada penangkapan suspek.

Perogol Sial
Sumber: facebook

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur.

Haish! dah la bersekedudukan, lepastu ambil kesempatan rogol budak perempuan tu lagi. Admin harap tindakan yang sewajarnya di jatuhkan dekat dia.

 

Baca: “Perangai mcm s*al” – Lelaki Ni Selamba Rogol Budak 7 Tahun Dalam Tandas Tanpa Hirau Mak Jerit Dari Luar

Collage 56

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.