in

Bukan Sekadar Iklan Raya: Bank Rakyat Angkat Kisah Kasih Sayang Tanpa Sempadan Usia

Ft Bank Rakyat Iklan Raya

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Aidilfitri tahun ini bukan sekadar tentang kemeriahan juadah dan baju baharu, tetapi tentang menyelami sedalam-dalamnya makna pengorbanan menerusi naskhah terbaharu Bank Rakyat.

Filem pendek bertajuk ‘Suara Hati’ yang berdurasi 5 minit 37 saat ini telah dilancarkan secara rasmi untuk menyentuh jiwa setiap rakyat Malaysia.


Diarahkan oleh Husaini Shohaimi, karya ini menampilkan gandingan hebat pelakon cilik berbakat, Rafique Iskandar sebagai Amin, dan pelakon berkaliber Nadiya Nisaa yang memegang watak seorang ibu yang sedang sakit. Turut menguatkan lagi penceritaan adalah kemunculan Sara Ali dan Firdaus Karim.

Suara Hati Socmed 03.Jpg

‘Suara Hati’ bukan sekadar drama air mata biasa; ia adalah sebuah potret kehidupan. Penonton dibawa menyelami ketabahan Amin, seorang kanak-kanak yang membuktikan bahawa tanggungjawab dan kasih sayang kepada orang tua tidak mengenal had usia, sebaliknya lahir daripada keikhlasan hati yang paling dalam.

Menurut kenyataan Bank Rakyat, penerbitan filem ini merupakan cermin kepada komitmen mereka sebagai institusi kewangan yang berteraskan nilai kemanusiaan.

Ia melambangkan usaha bank untuk sentiasa mendengar “suara hati” dan harapan masyarakat dalam membina masa depan yang lebih baik.

“Melalui Suara Hati, kami ingin mengingatkan bahawa di sebalik kesibukan kehidupan, ada insan yang sentiasa mengharapkan perhatian, kasih sayang dan penghargaan daripada kita” 

Selamat menyambut Aidilfitri, dan pastikan tisu sentiasa di tangan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.