in

“Bukan nak beriadah sangat” – Netizen Dakwa Wanita Berbasikal Sengaja Tayang ‘Body’?

collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ni, trend berbasikal telah menjadi semakin popular di kalangan rakyat Malaysia. Tengok je lah sekarang ni, pergi mana-mana je mesti nampak orang tengah berbasikal.

Macam yang korang tahu juga, sukan berbasikal ini bukan sahaja diminati oleh kaum lelaki, malah semakin ramai wanita berbasikal turut join trend riadah terbaharu ini.


Bagaimanapun, aktiviti ini telah menjadi perdebatan para netizen di media sosial yang rata-ratanya mengkritik pemakaian golongan wanita yang dikatakan sangat ketat seakan-akan mahu menunjukkan bentuk tubuh mereka semata-mata.

Menurut Kosmo, beberapa netizen menyifatkan wanita berbasikal ini sengaja memilih untuk berbasikal bagi membuat konten media sosial dan bukannya untuk beriadah.

1c3852f12e22f3c9aa5aedc59856203c

Memang aku pelik, beriadah naik basikal bukan jauh sangat, jumpa tiang api berhenti ambil gambar buat video TikTok.

“Tunjuk dekat sosial media dengan pakai ketatnya lagi, ini kalau suami sendiri pun izinkan memang jadi masalah lah, ingat gambar di media sosial semua orang boleh tengok.”

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bila kaum wanita berbasikal bersama kawan-kawan lelaki, ini membuatkan kawan-kawannya lagi suka tengok pakaian ketat sedemikian.

Cuba tahu dosa sikit, ni ada juga orang perempuan yang ‘ride’ bersama kawan-kawan lelaki, lagi ‘syok’ la kawan-kawan dia.

Selain itu, menerusi Keluarga, seorang netizen meluahkan pendapatnya mengenai pakaian wanita yang membuatkan ramai orang geram dan menyebabkan lelaki sukar nak tundukkan pandangan.

basikal PKBM 3 852x500 1

Screenshot 2022 02 16 110906.png

Namun begitu, netizen ini juga turut menegur lelaki yang memakai seluar ketat sehingga tersembul bahagian yang tak sepatutnya sampaikan malu rakan-rakan nak bercakap.

Screenshot 2022 02 16 111007

Min tak tahulah sebab min tak berduit nak join sukan berbasikal ni. Korang rasa macam mana? Patut ke lepasni dorang semua pakai longgar-longgar ke dorang pakai macam ni bersebab?

 

Baca: “Nasib baik tak bersepah” – [VIDEO] Aksi Melulu Pemuda Berbasikal Tukar Lane Buat Netizen ‘Seriau’

Screenshot 2022 02 16 at 4.21.44 PM

Sumber: Sukanz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.