Baru-baru ini, KKM telah mengharamkan penjualan air zam zam, mereka yang membuat operasi penjualan air itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ini kerana mufti Perak sendiri telah menyatakan bahawa perkara itu tidak dibenarkan mengikut hukum syarak, kerana Islam melarang pihak yang mengambil sesuatu barang tanpa kebenaran, lapor Malaysia Kini semalam.
Hebat betul Malaysia sekarang.”
Ketika berita ini disampaikan menerusi Buletin Utama beberapa hari lepas, keratan video itu telah tular di media sosial dan ia telah mengundang reaksi netizen, ada yang mempertikaikan dan sengaja kaitkan isu ini dengan hal-hal politik.
Dia cuba bandingkan isu ini dengan penjualan arak di negara kita.
“Dengar betul- betul. Jual Air Zamzam denda 10k/2thn penjara. Jual arak & minum dimana2 dibolehkan. Hebat betul Malaysia sekarang”.
Perkongsian video individu yang telah meraih lebih daripada 13,600 retweets sejak dimuat naik pada 5 Januari 2020 lepas telah mengundang kecaman.
Warganet ini menyifatkan bahawa kenyataan yang dilakukan oleh wanita tersebut tidak berasas dan tak ada unsul periksa sebelum memberikan pendapat.
Malah dia juga mengecam kenyataan wanita itu memperlekehkan negara Malaysia.
Ini bukan masalah Malaysia sekarang tapi…
Kata @amandaayamsul, ia dilarang kerana nak mencegah air zam zam tiruan dijual. Ini kerana golongan jemaah haji pun dibenarkan bawa balik hanya amaun tertentu sahaja dari tanah suci.
Apa yang disampaikan itu bukanlah tentang hal agenda politik tetapi ia bertujuan agar kesucian air zam zam itu tidak disalah gunakan.
Dia juga berpesan kepada wanita itu supaya melakukan kaji selidik sebelum hentam tuli bagi sebarang kenyataan.
https://twitter.com/amandasyamsul/status/1213936710825807872?s=21
Dalam pada itu ramai netizen menyokong dengan kenyataan wanita ini, bahkan Mufti Perak Harussani Zakaria ada menjelaskan bahawa ianya salah.
“Kalau ikut hukum syarak, salah lah kalau sudah tidak dibenarkan ‘tuan empunya badan’ (pihak Arab Saudi). Islam tidak benarkan orang ambil barang tanpa kebenaran”
Harap lepas ni ramai yang faham, jangan semua benda kaitkan dengan politik.
Baca : Petugas KLIA Campak Air Zam Zam Milik Jemaah Pulang Umrah...