fbpx
in

Petugas KLIA Campak Air Zam Zam Milik Jemaah Pulang Umrah…

Featured Belum Edit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap muslim pasti bercita-cita untuk sampai ke tanah suci bagi menunaikan ibadah haji atau umrah, namun bukan semua yang mampu untuk pergi ke sana memandangkan kos yang diperlukan agak tinggi.


Malah sesiapa yang pergi ke tanah suci pasti akan membawa pulang air zam zam sebagai bekalan mereka sama ada untuk diri sendiri, keluarga ataupun kenalan.

Air zam-zam merupakan lambang kekuasaan Allah SWT melalui peristiwa Nabi Ismail a.s dan ibunya Siti Hajar.

Justeru, tidak hairanlah umat Islam diseru untuk meminum sebanyak mungkin air tersebut apabila berada di Tanah Suci. Malah disunatkan untuk membawa pulang ke tanah air masing-masing.

Malangnya peristiwa yang berlaku dipercayai berlaku semalam di KLIA telah ‘mencemarkan’ kesucian air itu.

#KLIAKejadian hari ni di KLIA. penat macamana sekalipun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melempar air zam2 milik jemaah umrah kelantai tanpa rasa segan dan hormat. malah ia dibuat didepan publik yg sudah tentu didepan jemaah umrah yg empunya air zam2. kita tak bermaksud nak hukum staf klia tersebut tapi jelas perbuatan dia menyalahi SOP KLIA.~ sabar itu separuh dari iman

Posted by Aki Amin on Wednesday, December 12, 2018

Menurut entri facebook Aki Amin seorang petugas KLIA telah mencampak air zam zam milik jemaah yang pulang dari umrah ke lantai tanpa rasa bersalah..admin sendiri tak boleh nak sahkan kejadian itu melibatkan petugas KLIA ataupun tidak.
Malah Aki Amin berkata, tindakan tak bermoral tersebut dilakukan di hadapan jemaah sendiri (mungkin pemiliknya ada di situ)..aishhh takkan la dia sanggup buat macam tu?
Kejadian hari ni di KLIA. penat macamana sekalipun tak wajar tunjuk marah begitu rupa dengan melempar air zam2 milik jemaah umrah kelantai tanpa rasa segan dan hormat. malah ia dibuat didepan publik yg sudah tentu didepan jemaah umrah yg empunya air zam2.”

Katanya dia tidak bermaksud untuk menghukum staf KLIA tersebut tapi katanya perbuatan lelaki itu jelas menyalahi SOP KLIA.

Gambar 3

Video tersebut yang dikongsikan semalam, mendapat lebih 800 likes dan 1500 shares di facebook selepas ia dikongsikan.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan staf tersebut yang disifatkan sebagai ‘kurang ajar’ dan ‘patut dibuang kerja tu’.

Bangs*t la kau….

Bangsat La Kau

..tanak kijo, berhenti je!

Tanak Kijo Berhenti Jer

Kurang sopan beto

Nak Kena Bagi Makan Kaki Ni
Sumber : facebook

Sekarang ni kalau betul ia melibatkan staf KLIA, diharap KLIA akan keluarkan statement berkaitan isu ni, yela tak syok jugak bila rakyat Malaysia sendiri dilayan macam tu kan.

Baca : Terperangkap di KLIA2 Selama 37 Hari, Lelaki Ini Jawab Apa Sebabnya

Guy 1

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top