in

“Bukan kita bunuh orang” – Tak Hadir Sebutan Kes Di Mahkamah, Ini Respon Sajat

Mahkamah Tinggi Syariah pada Selasa lepas telah mengeluarkan waran tangkap terhadap terhadap usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kerana gagal hadir pada prosiding kes berpakaian wanita tiga tahun lalu.

Waran tangkap itu dikeluarkan oleh Hakim Syarie, Mohammad Khalid Shaee @ Shaii. Menerusi Sinar Harian, prosiding pada hari tersebut dikatakan telah dijadualkan pada jam 9 pagi untuk sebutan semula kes, namun tiada kelibat Sajat sampai tamat prosiding.

 

Tunggu Sajat, tetapi dia tak datang – Peguam

Peguamnya, Zuri Zabuddin Budiman berkata, Sajat diwajibkan untuk menghadiri prosiding tersebut pada tarikh baharu kelak yang jatuh pada 1 Jun depan.

“Saya tunggu juga Sajat, tetapi dia tak datang. Pihak kami mungkin akan hantar mitigasi, tetapi belum dibincangkan lagi.”

Berikutan itu, ada netizen ‘menyerbu’ Instagram Sajat dan mendakwa bahawa dia sedang bersembunyi.

Namun begitu, Sajat menafikannya menerusi ruangan komen salah satu postingnya.

Untuk rekod, satu rakaman video tular di laman sosial, memaparkan Sajat menangis dalam keadaan bergari.

Dia mendakwa bahawa seakan melengah-lengahkan urusan surat jaminan dan turut menyebabkan kecederaan kepadanya ketika proses siasatan dijalankan di Ibu Pejabat JAIS.

Tambahnya lagi, dia dilayan dengan buruk dan digari sehingga mengalami bengkak di bahagian badan kerana bergelut untuk mempertahankan diri walaupun sudah tampil memberikan kerjasama untuk siasatan pihak JAIS.

 

Baca : “Saya digari, dikasari” – Sajat Perjelas Isu Video Digari, Dilayan Dengan Tidak Wajar Semasa Beri Keterangan Kepada JAIS?

Sumber: Instagram