in

“Bukan kau ke yang maki kak ipar sendiri dekat IG” – Ali Puteh Kena ‘Sound’ Dengan Netizen Bila Cabar Warganet Bersemuka

Maki7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya kontroversi yang melanda terhadap pelawak Ali Puteh ini masih belum berpenghujung, semuanya berlaku semenjak permergian abangnya arwah Abam Bocey bulan lalu.

Terbaru, Ali Puteh ada buat satu kenyataan dimana dia mencabar netizen yang menghentamnya untuk bersemuka kalau terlalu berani di alam maya.


 

Bismillah, ayuh berdepan. Komen-komen mintak gentle, berdepan empat mata baru sedap. Saya pelawa ni, bila-bila masa sahaja” – Ali Puteh

Krisis melanda apabila Ali Puteh secara tiba-tiba muat naik satu pos menzahirkan rasa marah kepada kakak iparnya yang merupakan balu kepada arwah Abam.

Ia berpunca daripada kenyataan yang didedahkan oleh kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali terhadap apa yang terjadi kepadanya selepas suaminya meninggal dunia. Pendedahan itu dibuat menerusi IG Live Dato’ Aliff Syukri saat sedang melawat ke rumahnya.

 

Susulan itu, Ali Puteh ada mengeluarkan kenyataan di media sosial dengan menyifatkan Hidayah seorang yang berhati binatang sebelum ia dipadamkan.

Sejak dari itu lah, Ali Puteh dihujani dengan bermacam-macam kecaman di media sosial dan bermacam-macam perkara yang berlaku sehingga melibatkan hal keluarga.

Berikutan dengan kecaman yang tak henti-henti membanjiri di akaun media sosial, Ali Puteh ada membuat satu kenyataan dimana di mencabar mana-mana netizen yang hentam dia untuk bersemuka kerana di alam maya itu nampak macam tak gentle.

Alioii

Kenyataan yang dibuatnya itu viral di Twitter, ramai netizen membalas semula kenytaan itu dengan perlian sinis.

Bukan kau ke yang maki kak ipar sendiri dekat IG tak sampai seminggu lepas suami dia meninggal? – Netizen

Mereka kritik Ali dengan mengungkit semula tindakan Ali yang maki hamun kakak ipar sendiri melalui IG yang menjadi punca namanya terpalit dengan kontroversi ini.

Maki Maki2 Maki3 Maki4 Maki5

Terdahulu, Ali Puteh berkongsikan foto kenangan bersama abang kesayangannya ketika zaman kanak-kanak mereka. Ali turut meluahkan rasa rindu buat abangnya dan mengatakan bahawa ibu turut merindukan Abam.

 

Baca : “Bila balu arwah Abam berhati binatang!” – Baru Seminggu Arwah Abam Meninggal, Ali Puteh Dah Ada Krisis Dengan Kakak Ipar?

Alii

Sumber: Lobak Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.