Pelbagai jenis tema kek menjadi trend sekarang. Kek rainbow, unicorn, galaxy dan bermacam-macam lagi menjadi pilihan ramai netizen untuk meraikan sesuatu bersama orang tersayang.
Namun, kek ini adalah sesuatu yang berlainan dan jarang kita lihat! Sekali imbas, anda mungkin sangka ini adalah sejenis kain untuk dibuat perhiasan atau tuala yang bercorakkan batik. Tetapi, jangan terkejut kalau kami beritahu anda bahawa apa yang anda lihat ini adalah sesuatu yang boleh dimakan!
Batikrolls by Nura merupakan perniagaan bakeri atas talian di Singapura menjual kek swiss roll buttercream buatan sendiri. Apa yang membuatkannya berbeza daripada kek swiss roll yang lain adalah, kek ini bermotifkan kain batik! Cantiknya, rasa sayang nak makan.
Swiss roll buatan sendiri ini bermula dengan harga S$26 (RM81) dan bersaiz sepanjang 22 sentimeter (9 inci). Namun, tempahan minimum haruslah dua swiss roll dari corak yang sama.
Anda boleh pilih fillings yang terdiri daripada nutella buttercream, vanilla buttercream, blueberry buttercream atau yang paling terbaru, 80 gram nutella.
Buat masa sekarang, Batikrolls mempunyai enam jenis corak yang berbeza dan Batik Mawar merupakan corak yang paling laku di antara semua.
Hasil kerja dilakukan sangat kemas dan terperinci sehingga ramai orang menyangka ianya merupakan kain batik yang dibuat perhiasan! Bukan itu sahaja, kek-kek ini dibungkus di dalam kotak yang cantik membuatkan anda sangka ianya benar-benar tuala atau kain batik! Cantik sangat!
Jangan risau, meskipun bertapak di Singapura, Batikrolls turut membuat penghantaran ke Malaysia namun di beberapa negeri sahaja iaitu:
Memandangkan kek ini sesuatu yang unik dan tidak banyak dijual oleh mana-mana bakeri lain, swiss roll dari Batikrolls ini sering habis dijual dari masa ke semasa. Jadi, jika anda teringin rasai keenakannya, pastikan tempahan dibuat lebih awal (Hari Raya tahun lepas tempahan penuh tau!).
Jika anda tertanya-tanya bagaimana rupa kek ini selepas dipotong dan bagaimana penghasilannya, ini kami kongsikan.
Tonton video penghasilan kek ini:
Sumber: Instagram
Teringin nak rasa? Buat tempahan segera sebelum kek-kek cantik ini habis dijual. Tempahan boleh dibuat melalui laman web mereka di sini.
Memang cantik sangaaat kek niiii. Rasa sayang nak makan! ?
Baca: 7 Jenama Kek Lokal di Instagram Penggemar Kek Perlu Cuba!