Isu mengenai serbuan sebuah ‘spa lelaki’ yang terletak di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan ramai baru-baru ini.
Seperti yang kita sedia maklum, seramai 171 lelaki yang terlibat telah dibebaskan selepas permohonan reman ke atas kesemua individu terbabit ditolak oleh mahkamah. Oleh sebab itu, seorang pemuda terpanggil untuk memberikan kenyataan berkenaan kes yang berlaku ini.
Artikel berkaitan : KPM Gantung Tugas Beberapa Pegawai Yang Terlibat Dalam Aktiviti Songsang Dalam Spa
Artikel berkaitan : Spa Songsang: 171 Lelaki Dibebaskan, Menteri Agama Jelaskan Sebab Sukar Kenakan Pertuduhan
Boleh saman sebab…
Rata-rata orang ramai difahamkan sudah cakna mengenai isu ini memandangkan banyak foto dan video tular di media sosial serta ia juga menjadi buah mulut warganet. Oleh itu, pemuda ini menyifatkan tindakan penguatkuasa yang merakam mereka yang terlibat itu salah.
“Pertama sekali saya akan saman pihak penguatkuasa mana (yang) rakam mamat-mamat dekat dalam spa tu, sebab apa? Kau bukan ada dekat tempat umum, boleh dapatkan peguam, serius ni kau boleh saman.”
“Kau kalau dekat tempat umum bolehlah rakam, ini dekat tempat tertutup dekat spa, secara faktanya kau masuk dekat dalam kawasan tu, kau rakam orang-orang bogel kat dalam tu pakai tuala semua, kau bayangkan. Itu ahli keluarga kita ke, kita tak tahu, spa tu memang spa mengunyit ke atau spa tu memang spa lelaki.”
“Kau tak boleh sewenang-wenangnya masuk situ dan rakam semua orang kat dalam tu, dan kau tunjuk muka dalam tu, apa masalah dengan kamu semua? Kau tak boleh buat macam tu, kalau aku memang aku akan saman.”

Katanya lagi, tidak dinafikan bahawa penguatkuasa ada hak untuk merakam, tetapi jika ia digunakan sebagai bahan bukti bukannya untuk dimuat naik ke media sosial dan tularkannya.
“Bukannya tak boleh rakam tapi kalau rakam dengan tujuan bahan bukti, di balai polis dan mahkamah ya, boleh, tapi apa yang salahnya kamu rakam dan kamu kongsikan secara atas talian dan sekarang dah tular seluruh Malaysia.”
“Apa masalah lelaki pergi spa?”
Di samping itu, memandangkan indivdu yang terlibat itu telah dibebaskan, pemuda ini mempersoal pihak-pihak yang mempertikaikan tindakan orang lelaki pergi ke spa.
“Apa masalahnya kalau lelaki yang pergi spa? Ok kalau lelaki pergi spa, kau kata lelaki pergi mengunyit, kalau perempuan pergi spa, kau tak kata perempuan mencap*p kat dalam tu? Kenapa?”
“Orang pergi spa mungkin dia ada masalah mental ke nak relakskan diri, stress, sibuk kerja, dan itu sahaja tempat yang dia rasa selamat dan dia rasa ok dia boleh bercakap dengan seseorang, kenal orang lain di dalam tu bercakap itu bagus untuk kesihatan mental.”

“Malah, tak ada bukti yang mengatakan yang dia orang ni mengunyit di dalam tu, mahkamah pun cakap dia orang tak boleh nak reman sebab dia orang tak ada bukti, yang masa ditangkap itu dia orang tengah lakukan hubungan di luar tabii. Korang tak boleh nak jatuh hukum, tapi dia orang semua kena rakam kat dalam tu, itu salah.”
Dalam pada itu, pemuda ini turut memberikan gambaran seandainya kes tersebut melibatkan kaum wanita yang melakukan ‘hal di luar tabii’.
“Bayangkan ada satu spa perempuan, yang dikhabarkan buat nenda-benda di luar tabii, contoh kita ubah (situasi), kau takkan masuk dalam tu rakam semua perempuan bogel ke dalam tu, kau takkan rakam kan? Sebab apa? Sebab benda tu benda yang sama.”
Menjengah ke ruangan komen, ia mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada yang turut mempertikaikan kenyataan lelaki tersebut.
Sebagai rekod, sebuah pusat spa dan kesihatan yang dipercayai menjadi lokasi golongan lelaki songsang berkumpul dan melakukan aktiviti tidak bermoral terbongkar dalam satu serbuan di sebuah premis di Chow Kit pada Jumaat lalu.
Sumber: TikTok, Sinar Harian
