in

“Jangan tutup rezeki orang” Ada Netizen Dakwa Guna Serbuk Coklat Ganti Milo Adalah Normal?

Cover 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang usahawan tempatan ada memuat naik satu ciapan menegur peniaga yang menggunakan serbuk coklat selain jenama Milo untuk minuman Milo ais.


Bagaimanapun, seorang netizen mempunyai pendapatnya yang tersendiri berkenaan isu ini. Menurut individu ini, menukar serbuk Milo ke serbuk coklat yang lain adalah normal atas beberapa faktor.

Anyconv.com 2

Terangnya dalam satu ciapan, peniaga terpaksa berbuat demikian kerana kos barangan yang mahal tidak sepadan dengan harga minuman yang dijual dengan harga RM2.00 ringgit.

Harga bahan mentah dan barang seperti gula, air batu dan cawan juga perlu diambil kira, bukan kos serbuk Milo sahaja. Di akhir ciapan, individu sempat menegur orang ramai agar tidak menutup pintu rezeki para peniaga.

Rm3.20 Milo Ice Restaurant Fine Rm30000

“Meniaga pun nak menipu

Kenyataan netizen ini bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada orang ramai yang rata-ratanya tidak bersetuju.

Meninjau di ruangan replies, ramai yang mempersoalkan kenyataan individidu ini. Tidak terlepas juga ada yang berkongsi pengalaman mereka dalam isu yang sama.

A 2

B 1

C

D

Hukumnya dilarang dan berdosa

Isu ini pernah tular seketika dahulu, dan sudah pun mendapat perhatian daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menurut beliau, menukar serbuk Milo dengan serbuk coklat yang lebih murah tanpa pengetahuan pelanggan adalah dilarang dan berdosa.

Anyconv.com 1

Semoga isu ini menjadi pengajaran buat peniaga di luar sana.

 

Kredit: Sinar, Twitter

 

BACA: Resepi Dalgona Matcha, Dalgona Milo, Dalgona Strawberry Dan Banyak Lagi. Mudah Je Rupanya!

X

Sumber: FeedMe

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.