Tak pelik pun jika seseorang itu mewarisi wajah dan sikap seperti ibu atau bapa masing-masing. Kalau bukan mak ayah, ada juga yang mukanya mirip nenek, datuk atau ibu saudara masing-masing sebab kesemuanya berkongsi genetik yang sama.
Namun, bagi seorang kanak-kanak dari Jiangsu, China ini pula, dia menangis teresak-esak gara-gara wajahnya dikatakan mirip bapanya sendiri.
Memetik laporan Mothership.sg, kanak-kanak itu menangis setelah ada rakan-rakan ibunya yang datang ke rumah dan mengatakan wajahnya persis ayahnya.
Gelagatnya itu sempat dirakam oleh ibunya dan video tersebut tular di negara itu setelah dikongsikan di media sosial.
Ramai yang berpendapat dia enggan disamakan seperti wajah ayahnya mungkin kerana baginya itu bermaksud dirinya tidak cantik.
Dalam video tersebut juga, kanak-kanak berusia enam tahun bertanya kepada ibunya sambil menangis mengapa wajahnya tak sama dengan ibu sedangkan ibunya lah yang melahirkannya, bukan bapanya.
Walau bagaimanapun, ibu kanak-kanak itu mendedahkan bahawa anak perempuannya itu sangat rapat dengan ayahnya kerana mereka berdua sering meluangkan masa bersama.
Bapanya juga sering melayannya untuk bermain bersama-sama.
Korang boleh tengok video kanak-kanak itu di sini.
Ramai netizen di sana pula bergurau dengan menasihati wanita-wanita untuk memilih suami yang kacak agar anak-anak mereka nanti tidak akan mempersoalkan tentang wajah masing-masing.
Aduh, naya bapak dia kalau macam ni.
Sumber: Mothership.sg